Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Respon 25hb

Imej
Islam merupakan agama yang mudah. Malah ia bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia. Di dalamnya tersimpul pelbagai permasalahan manusia yang dapat dirungkai dengan dua pedoman utama yakni al-Quranul Karim dan Sunnah. Apabila telah terpatrinya kalimat tauhid, La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah, maka secara jelas perhambaan diri kita pada Allah. Ya, kita hamba! Tidak kiralah anda anak orang kaya, anda pelajar Ukrida, anda AJK PKPMI, ataupun sesiapapun anda, yang jelasnya kita semua adalah hamba Allah SWT. Yang menjadi ukurannya adakah kita mahu menuruti perintah Allah SWT atau kita meninggalkannya, bahkan lebih teruk jika kita menghina hukum Allah SWT, nauzubillah. Terima kasih pada sahabat yang mengingatkan saya tentang acara hiburan yang akan diadakan nanti. Apabila terjadinya acara begini, tak kisahlah bawah anjuran siapapun, malah jika bawah PKPMI-CJ sendiri, saya amat takut ianya tergelincir dari batas Islam. Talent’s Day anjuran kelompok pelajar Ukrida yang kebanyakannya

Muslim Menakluk Eropah

Imej
Masukan ringkas berkaitan video bertajuk Muslim Demographics di bawah. Islam suatu hari nanti akan menawan Eropah. Tetapi bukanlah melalui peperangan dan kekerasan. Realiti ini sangat menggerunkan Eropah. Sehingga sering kita dengar umat Islam di Eropah semakin hari semakin ditekan dengan pelbagai undang-undang. Dan kebebesan individu dilaungkan tetapi mempunyai suatu kenyataan yang pelik, hak individu untuk semua KECUALI untuk umat Islam. Mungkin inilah sekilas mengenai apa yang disebut mengenai- meyakini masa depan adalah milik Islam dalam buku Maza Yakni karangan Syeikh Fathi Yakan. Manakala Muammar al-Gaddafi, Presiden Libya pernah menyebut (terdapat dalam video), “There are signs that Allah will grant victory to Islam in Europe without swords, without guns, without conquest. We don’t need terrorists, we don’t need homicide bombers. The 50+ million Muslims (in Europe) will turn it into a Muslim continent within a few decades.” Sahabat, adakah kita hanya melihat, bersuka ria dan tid

Generasi Al-Quran Yang Unik

Imej
Gambar Hiasan Apabila membeli alat elektronik pastinya kita disertakan dengan buku panduan. Lebih-lebih lagi mendapat alat yang sangat kita impikan, boleh jadi tak tidur malam hanya untuk membaca buku panduan untuk diaplikasikan. Umpamanya membeli iPhone atau kamera DSLR, puas dibacanya setiap muka surat buku panduan (kecuali yang tulisan bahasa yang tak difahami). Lalu dicuba pada alat tersebut. Tak puas lagi dengan yang terdapat dalam buku panduan, buka pula internet untuk cari sebarang artikel atau forum berkaitan. Begitu bersungguh. Alat elektronik yang fungsinya tak seberapa itupun ada buku panduan, takkanlah manusia ciptaan tuhan yang paling sempurna ini tiada sebarang buku panduan? Soalan mudah sahaja dan jawapannya juga mudah: Al-Quran. Tapi bagaimana kita memperlakukan ianya sebagaimana bersungguhnya analogi buku panduan iPhone di atas? Generasi Al-Quran Yang Unik Dalam Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) karya Sayyid Qutb, terdapat suatu bab yang berjudul 'Gen