Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Filem

Imej
Filem. Banyak idea bawah sadar yang mereka sampaikan. Menjadikan cara fikir dan nilai yang mereka fahami itu meresap dalam fikiran penonton. Filem bagi kita sepele. Bagi mereka, ada satu mesej yang ingin disampaikan. Plot hanya pakaian. Dan mereka bijak dalam menata pakaian yang cantik. Sekarang ini tidak aneh wujud sahabat/teman kita yang fikirannya sangat "terbuka". Idea kritis "kenapa perlu beragama" bukan lagi taboo. Malah mencabar dan mencaci konsep ketuhanan juga mudah. Paling malang, nilai-nilai dalam neraca kehidupan juga mulai senget. Aku mencari celah mana yang mereka lewati membuatkan "kita" seperti hari ini. Yang aku temui internet dan satu lagi, bernama filem. Membebel mengupas hikmah filem dan memandu pola fikir anak mungkin sangat perlu. Supaya kita tahu apa yang mereka mengerti, sebelum ianya sebati, membentuk pegangan jati diri.

S.o.a.t.p

Rindu pula dengan PERMAI. Bukan rindu mahu mengikutinya lagi. Tapi rindu kenangan sewaktu menguruskannya. Saya namakan program, kerana saya benar-benar menganggap ianya program. Walaupun ketika itu, saya menggerakkannya bagai sebuah organisasi. Saya benar-benar lupa mengenainya. Dulu mulut petah bicara, perkenalkan mengenai program ini. Hadir ke sana sini. Buat pertemuan. Minta dana. Telefon semua orang yang perlu. Tapi, sekarang ianya hilang. Sama seperti kenangan-kenangan sewaktu menguruskan PKPMI-CJ. Saya tutup buku. Setutup-tutupnya. Dan, seperti yang saya selalu ceritakan pada teman-teman, saya rasa "kekurangan" pada tanggungjawab yang dipikul. Atau lebih mudah, saya gagal. Campur baur, ingatan. Memang orang puji. Memang orang suka. Tapi orang juga mengeji. Ada yang tak suka. Yang pasti, ianya kenangan. Biar suka dan duka. Saya harus terima. Dan, harumnya kenangan itu akan terhidu suatu masa nanti. Sekarang saya merasakannya. Harum pada sendu, juga ta

Krisis MB: Bukan Muslim Brotherhood

Imej
Hasil carian di Malaysiakini mengenai krisis MB Selangor Agak sukar untuk tangan ini tidak menulis mengenai apa yang terjadi di tanah seberang. Mata yang membaca dan telinga yang mendengar ini tidak boleh diam. Merasakan, "..aku perlu komen something ." Sudah lama menghindar diri daripada terlibat memberi komen ataupun pendapat mengenai situasi politik Malaysia. Saya minat politik hanya kerana sifat Muslim itu memang berpolitik. Politik yang dimaksudkan bukanlah dari perspektif sempit; Partisan. ---------------------- Saya mengikuti isu MB Selangor sedikit demi sedikit sejak sebelum 1 Syawal. Mulainya nampak menarik. Namun, hujung pangkal daripada isu ini- Kajang Move , tidaklah saya ikuti. Malas. Masih samar dan terlampau luas tafsirannya dengan takwilan serta sangkaan. Tiada siapa yang tahu pasti kenapa ianya berlaku. Cuma dua garis besar yang kita sering dapat; 1) Menyelamatkan karier politik DS Anwar Ibrahim, dan 2) Peralihan kuasa MB Selangor akibat pertikaian