S.o.a.t.p


Rindu pula dengan PERMAI.

Bukan rindu mahu mengikutinya lagi. Tapi rindu kenangan sewaktu menguruskannya. Saya namakan program, kerana saya benar-benar menganggap ianya program. Walaupun ketika itu, saya menggerakkannya bagai sebuah organisasi.

Saya benar-benar lupa mengenainya. Dulu mulut petah bicara, perkenalkan mengenai program ini. Hadir ke sana sini. Buat pertemuan. Minta dana. Telefon semua orang yang perlu.

Tapi, sekarang ianya hilang.

Sama seperti kenangan-kenangan sewaktu menguruskan PKPMI-CJ. Saya tutup buku. Setutup-tutupnya. Dan, seperti yang saya selalu ceritakan pada teman-teman, saya rasa "kekurangan" pada tanggungjawab yang dipikul. Atau lebih mudah, saya gagal.

Campur baur, ingatan.

Memang orang puji. Memang orang suka. Tapi orang juga mengeji. Ada yang tak suka.

Yang pasti, ianya kenangan. Biar suka dan duka. Saya harus terima. Dan, harumnya kenangan itu akan terhidu suatu masa nanti. Sekarang saya merasakannya. Harum pada sendu, juga tawa.

Catatan ini sangat negatif. Warna perasaan yang saya letakkan mungkin tidak sesuai. Bagi yang pernah mengikutinya pasti tahu. Bagi yang hanya membaca catatan itu, ianya tidaklah begitu (seperti di atas).

Memulakan ia dengan semangat. Setahun ianya disusun. Bukan suatu tempoh yang sebentar. Benar-benar kami mahu menjayakannya. Sahabat saya yang meneruskan program ini kaget ketika saya berkongsikan hal ini.

Tema yang dipilih biasa-biasa sahaja. Walaupun jujur, saya tidak suka. Tapi, ianya suara majoriti mesyuarat. Saya membuat intervensi pada hal yang kosong. Apabila, idea telah diletakkan, bukanlah hak saya untuk mengubahnya. Ianya idea insan. Kita wajar hargainya.

Sahabat-sahabat panatia rajin. Lengkap kerja. Jumlahnya sahaja yang kurang. Mungkin kerana pengalaman pada persatuan, saya merasakan sedikit lebih baik. Banyak orang, benar banyak otak. Tapi, banyak juga mulutnya.

Semakin mendekati program, timbul masalah sangat besar. Tak tenteram makan, tidur. Program hanya punya dua pilihan. Batal atau lulus. Tapi kalimat depannya, batal. Itu yang menakutkan. Persepsi buruk pada orang tempatan waktu itu sangat tebal. Kalimat, "...jika bisa dipersulit, kenapa dipermudah?" Benar-benar mereka kotakan.

Ke Departmen Pedidikan, MABES Polri, Kedutaan. Ulang-alik. Hanya mahu memastikan program dapat berjalan. Akhirnya, selesai. Lulus.

Tak kira lancar atau tidak. Yang penting perancangan setahun dapat berjalan.

Kenangan sepanjang program? Entahlah.

Mungkin ini namanya...

Sindrom orang akhir tahun pengajian (S.o.a.t.p)



_ Farid Ramli
28 Ogos 2014; 08:16 PM
@ Karawang, Republik Indonesia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum