Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Lahad Datu

Imej
"Askar (dan polis) yang mati kat Lahad Datu tu dikira mati syahid ke?" Seorang sahabat bertanya, seolah ingin menduga. Entahlah. Sukar untuk dijawab, atau mungkin lebih tepat, saya tak layak untuk menjawabnya. Apa yang berlaku disana sukar untuk disahihkan, mana satu yang benar, mana satu yang salah. Ketika bermula isu tuntutan Sabah secara bersenjata ini diuar-uarkan, kerajaan mengambil langkah dengan menafikannya. Bahkan ianya dikatakan hanyalah khabar angin yang tidak benar. Ketika itu, antara yang mula 'menjelmakan' isu ini ditengah-tengah masyarakat pastinya kalangan pro-pembangkang. Dan, sampai ke hari ini, kita masih belum jelas apa yang berlaku. Ianya ditutup dengan alasan 'strategi perang' dan 'rahsia pihak keselamatan'. Saya sendiri kurang bersetuju dengan sikap reaktif kalangan kita. Seolah-olah dengan alasan demikian, tiada apa yang dapat dilaporkan. Media hanya boleh melaporkan hasil sidang media rasmi sahaja. Keti

Selesai dan bermula

Alhamdulillah.. Akhirnya, lulus 30 blok dan 160 SKS. Tanggal 5 Mac kelmarin sudahpun diumumkan. Makanya, berakhir sudah tahun teori dalam pengajian perubatan. Alhamduillah. Walaupun, seharusnya waktu yang ditetapkan bagi tempoh pengajian teori adalah 3½ tahun. Aku sudahpun terlewat setahun. Orang kurang bijak perlu belajar banyak dan lama sikit, mungkin. :) Apa-apapun, 13 Mac ini akan mula mengikuti sesi Kepaniteraan Dasar (Padas). Bermakna sekitar 3-4 minggu kami akan diberi persediaan bagi mengikuti tahun klinikal. Semoga dengan masuknya tahun klinikal ini, menjadikan diri ini lebih bersyukur. Semoga syukur ini melahirkan amal yang istiqamah. Semoga segalanya dipermudahkan. Perjalanan ini masih panjang. Yang aku cari, hanyalah keredhaan-Nya.

Esok ujian Blok 23 dan Blok 26. Tolong doakan!

Imej