Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

PERMAI 2011

Imej
Alhamdulillah, PERMAI 2011 selesai juga akhirnya! Suatu kegembiraan dan kepuasaan buat kami. Setelah hampir setahun merancang, pelbagai cabaran dihadapi, dapat juga diselesaikan dengan jayanya (insha Allah). Saya belum berkesempatan untuk menulis panjang mengenai sebalik tabir PERMAI. Izinkan untuk saya salin-tampal tulisan Ustaz Hasrizal berkaitan PERMAI 2011 dari laman blognya. --------------------------------------------------- Alhamdulillah. PERMAI 2011 sudah melabuhkan tirainya. Kali ini Jakarta menjadi tuan rumah kepada persidangan ketiga mahasiswa Islam Malaysia seluruh Indonesia selepas Jogjakarta (2009) dan Bandung (2010). Saya sekali lagi diberikan kepercayaan mengendalikan pengisian program selama 3 hari 2 malam ini selepas 7 Habits pada 2009 dan Mengertikan Kembali Islam dan Muslim pada 2010. PERMAI 2011 tampil dengan tema “Sebuah Baitul Muslim Buat Ummah: Begin with the End in Mind”. “Wajarkah tajuk ini?” ada yang bertanya. “Cinta?” sinis sebahagian pu

Dua Hari

Imej
Gambar arwah atuk (kanan) sedang bersilat. Di ambil dari buku terbitan DBP. Maaf entri sebelum ini yang agak ekspresif. Jarang saya menulis dengan gaya terlalu ekspresif.  Cucu pendekar mana boleh emosi sangat, kena cool je! :) Hari ini, ulang alik dari Kementerian Pendidikan Nasional (KEMDIKNAS) dan FK Trisakti. Bermula dari jam 7.30 pagi sampailah jam 3.00 petang. Alhamdulillah selesai. Komiti PERMAI kami bahagikan kepada 4 kumpulan yang bergerak untuk menyelesaikan hal yang sangat kami risaukan semalam. Antara ada PERMAI ataupun dibatalkan. Menakutkan. Insha Allah esok akan selesaikan, cuma sikit je lagi untuk diselesaikan. Sangat-sangat berdoa semoga esok dipermudahkan. Sebahagian Komiti PERMAI akan bertolak ke tempat PERMAI dijalankan esok petang. Ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan lebih awal. Dua orang ustaz yang akan mengisi PERMAI kali ini telahpun hadir. "Ya Allah, permudahkanlah, jangan Engkau sukarkan."

Tidak Tenteram

Imej
Negeri ini Malam ini, hati sangat gundah. Memikirkan hari esok. Puas sang hati cuba, menenggelamkan pesimis. Tapi, umpama menenggelamkan bola ke dasar air. Lama-lama tujahan pesimis menerpa dengan lebih kuat lagi. Sedangkan, ujian ini bukanlah sebesar-besar ujian. Aku tahu, lebih ramai lagi yang diuji dengan ujian yang maha berat. Allah hadirkan ujian ini buat aku belajar. Belajar erti sabar. Belajar erti optimis. Belajar erti berbaik sangka dengan Allah. Belajar erti doa itu senjata. Banyak yang aku boleh pelajari. Cuma, realitinya, esok umpama medan tempur. Tiada kata lain, untuk mara. Berundur tak mungkin sekali. Puas mencari teman curhat. Belum dilafaz dengan kata, ramai teman menghulurkan tangan. Mungkin riak wajah aku yang kelam. Haih, belajarlah wahai diri. Aku sedang tidak tenteram. Kata sahabat, "Curhat kepada Allah akh.. Dia bagi ujian, dan Dia bagi jawapannya.." Hanya mampu tersenyum. :) ---------- [1] Tidak berhajat

Budak Agama

Suatu ketika, sedang menonton pertandingan futsal, seorang pelajar junior menyapa dengan soalan. "Eh, bukan diorang budak agama ke? Kenapa tak tutup aurat pula?" Tanya junior tadi. Soalan yang sama pernah aku tanyakan dahulu. Aku hanya mampu tersenyum. Dan berharap, sahabat-sahabat aku bukan sekadar belajar Quran dan hadith secara formal. Tetapi, turut mempraktekkannya. Mereka lebih tahu. Berbanding aku, pelajar perubatan, yang penuh dengan kejahilan. Hanya mampu belajar 'sekerat-sekerat'. Moga Allah kurniakan kita hidayah dan tetap tsabat dijalan-Nya.

Tulisan

Imej
Gambar hiasan Kata kawan, "blog ni banyak tulisan.." Tak ramai suka membaca Dan, aku lambat untuk menulis Moga tidak menjadi- pembaziran tulisan.

Belajar

Jika lihat pada ruangan arkib disebelah kanan, catatan per tahun yang paling banyak- 2009. Jadi, untuk memenuhi tuntutan, perlu lebih baik, catatan perlulah lebih baik dari tahun tersebut. Cuma bukan sekadar kuantiti, tetapi kualiti. * * * * * Tadi, menghadiri mesyuarat PERMAI 2011. Ia merupakan mesyuarat terakhir sebelum berlangsungnya PERMAI. Apa yang saya sedari, banyak lagi kesilapan saya dalam pengurusan majlis. Terutamanya, mengawal dan menarik perhatian pendengar. Apabila dalam mesyuarat yang dihadiri kurang dari 10 orang, kita mudah untuk mengawal hadirin yang hadir. Kerana jika ada yang tidak faham, boleh langsung tanyakan satu persatu. Tetapi, apabila ramai, orang melihat dengan bermuka lesu dan tanpa respon, kita pula akan takut, "orang ni faham ke tak.." Mungkin inilah yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, cuba kita dalam keadaan menuntut ilmu, iaitu selalu mengikuti ceramah atau kuliah. Semakin hari, kita rasa kita 'seolah-olah' makin pan

Seminggu Lagi

Imej
C 1000, Bodrex dan Modul. Penyakit itu kifarah dosa. Hmm, dosa tu tak terlihatkan? Jadi kita seolah-olah tak terasa. Moga-moga kita terhindar dari sikap tidak sensitif terhadap dosa. Kerana orang beriman itu, selemah-lemah imannya, membenci kemunkaran dalam hati. Jika tidak terasa dalam hati terhadap kemunkaran, perlu ditanya pada diri, di mana iman kita? Isnin ini Insha Allah akan menjalani ujian HER Integrasi bagi Blok 29. Ujian lagi. Allahu Allah. PERMAI akan berlangsung seminggu lagi. Pesanan buat rakan-rakan, bertanya jika tidak tahu. Jangan membuat andaian; 'program oriented', 'tiada hadaf' dan pelbagai lagi. Bimbang-bimbang sikap itu yang membuat orang jauh dari Islam. Tidak layak untuk dipanggil du'at jika su'u zon terhadap saudara seagama masih tersemai subur dalam diri.