Belajar

Jika lihat pada ruangan arkib disebelah kanan, catatan per tahun yang paling banyak- 2009.

Jadi, untuk memenuhi tuntutan, perlu lebih baik, catatan perlulah lebih baik dari tahun tersebut. Cuma bukan sekadar kuantiti, tetapi kualiti.

* * * * *

Tadi, menghadiri mesyuarat PERMAI 2011. Ia merupakan mesyuarat terakhir sebelum berlangsungnya PERMAI.

Apa yang saya sedari, banyak lagi kesilapan saya dalam pengurusan majlis. Terutamanya, mengawal dan menarik perhatian pendengar. Apabila dalam mesyuarat yang dihadiri kurang dari 10 orang, kita mudah untuk mengawal hadirin yang hadir. Kerana jika ada yang tidak faham, boleh langsung tanyakan satu persatu. Tetapi, apabila ramai, orang melihat dengan bermuka lesu dan tanpa respon, kita pula akan takut, "orang ni faham ke tak.."

Mungkin inilah yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, cuba kita dalam keadaan menuntut ilmu, iaitu selalu mengikuti ceramah atau kuliah. Semakin hari, kita rasa kita 'seolah-olah' makin pandai. Bukan kerana bangga diri, tetapi kerana makin banyak ilmu baru yang kita dapat pelajari.

Tetapi, cuba kita pula mengajar orang lain. Bagaimana rasanya nanti?

Nanti, barulah kita sedar, bahawa banyak lagi yang kita tidak tahu. Mengambil ibrah dari situ; apabila saya melihat orang mempengerusikan majlis atau mesyuarat, saya banyak memberi kritikan (dalam hati). Tapi, saya kurang belajar dari kesilapan orang lain.

Jadi, belajarlah dari kesilapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum