Mesyuarat


Bagi pelajar-pelajar sekitar Jakarta, pasti ramai yang tahu mengenai wujudnya program yang dinamakan sebagai Mesyuarat Ahli PKPMI Cawangan Jakarta. Ya, program yang berlangsung pada hari Ahad dan Alhamdulillah selesai dilaksanakan.

Sebenarnya, sebelum ini saya bercadang untuk mengeluarkan artikel lain terlebih dahulu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana seakan-akan mencerminkan konotasi negatif pada mesyuarat tersebut, sedangkan artikel dirancang sebelum mesyuarat lagi.

Malam semalam, Sabtu (17/10/2008), saya diminta untuk menghadiri mesyuarat Indonesian Malaysian Student Association (IMSA) atas nama PKPMI Jakarta. Dan sebelum itu pula, saya diminta untuk ikut serta untuk meraikan Majlis Wisuda sahabat kami dari Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah. Wisuda bererti konvokesyen ataupun majlis graduasi. Cumanya, saya tidak menghadiri Wisuda tersebut atas alasan penat dan ingin tidur =). Tapi tetap ada wakil yang dihantar.

Selesai sahaja aktiviti pada hari Sabtu tersebut, saya agak serius memikirkan tentang suatu perkara yang paling kurang digemari. Iaitu, berucap dihadapan ratusan pendengar bagi menggantikan saudara Zailani. Bukan kerana tidak bersedia, tapi kerana darah gemuruh. Lagi-lagi apabila dihadapkan dengan audience muslimat. Entahlah. Apabila ta'lim, saya juga diserahkan tugas sebegini. Mujur dihadapan saya audience muslimin, dan dibenarkan bercakap dengan duduk. Jadi anggaplah sahaja tiada muslimat dalam Masjid tersebut.

Alhamdulillah selesai juga.

Pada majlis tersebut pastinya ramai yang tertarik akan sesi soal jawab yang berlangsung. Terima kasih kepada sahabat kami mantan MT PKPMI sendiri yang berinisiatif untuk memanaskan keadaan. Saya tertarik kerana, dia percaya bahawa sesuatu mesti dilakukan bagi mengangkat PKPMI dan pelajar perlu sedar bahawa mereka sedang lena. Mungkin bagi sesetengah pelajar, ia umpama debat atau cara kasarnya 'gaduh' besar. Sedangkan jika ada yang pernah menghadiri mesyuarat-mesyuarat seperti ini, pastinya dah biasa dengan perkara yang terjadi. Perkara yang ditanyakan juga pernah beberapa kali timbul dan juga beberapa kali dijawab. Jadi saya tidak mengambil langkah untuk menjawab, membiarkan kepada Majlis Tertinggi lain untuk menjawabnya.

Tapi hujungnya, pasti ada keluhan mengenai sedikit mainan emosi dalam kata-kata yang seolah-olah sangat sangat kasar dan tidak relevan. Hanya bagi saya disini, kita perlu jelas akan setiap yang ditimbulkan dan jangan terpancing dengan emosi. Perkara itu mudah saja.

Saya juga ingin memohon maaf atas kesilapan peribadi ataupun teman-teman sepanjang majlis. Kita bersahabat. Saya bukan PKPMI jika anda bukan PKPMI. Masing-masing memerlukan.

Artikel ini ringkas, dan saya meminta agar teman yang membaca agar dapat memberi respon akan tulisan ini. Sebarang komen tanpa memasukkan namapun dibenarkan. Silakan.

*disiapkan seusai tiba di rumah, selepas mesyuarat, jam 5.10 pm.

Ulasan

lee yul berkata…
ermm.. nak komen ape yer??

muskil lol
morusaf berkata…
bila kita di atas, semua mengharapkan 'kesempurnaan' yang tak akan pernah sempurna. jalankan sahaja t/jwb. buat yang terbaik semampu diri. susah nak puaskan hati semua orang tapi sudah cukup bagus kalau dapat puaskan hati ramai orang. cuba yang terbaik untuk jadi yang lebih baik.
insyaAllah.

p/s: maaf tak pegi pun mesyuarat pkmpi.
saya berkata…
Salam..

"Saya tertarik kerana, dia percaya bahawa sesuatu mesti dilakukan bagi mengangkat PKPMI"...

Fikiran sebegini lah yang kita perlu dalam sebuah kepimpinan..tahniah!!!

moga anda menjadi pemimpin yang berjaya kelak!slpas kata2 dari akak td lah..scra jujurnya kami amat menghargai kalian semua!maaf jika kurang kerjasama dari kami=)

wassalam..moga hari esok lebih baik!moga redha-Nya bersama kalian..
farid ramli berkata…
Terima kasih pian dan saudari "saya". Insya Allah akan cuba perbaiki.

Ni ada tambahan masukan. Dari mantan MT PKPMI pusat dan jakarta lagi. Orang suh komen kat sini je. huhu.

link:
http://zahrilakmal.blogspot.com/2009/10/ehm-duduk-sengsorang-kat-kosan-malam-ni.html
farid ramli berkata…
Ni ada lagi tambahan ulasan mengenai meeting tempoh hari.

Rujuk link:
http://hijratulfikr.wordpress.com/2009/10/18/seputar-meeting-pkpmi-cj/

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum