Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Mengaku-ngaku

Ketika isu peperangan di Palestin melanda, kita melihat banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir menghulurkan bantuan. Malah, dikalangan parti politik juga sudi menghulurkan bantuan. Ianya suatu yang wajar dipuji. Namun, disebalik itu, muncul pula kalangan mereka ini yang cuba menjadi juara bagi isu Palestin. Seolah-olah merekalah yang paling prihatin akan isu Palestin. Sangkaan aku, isu ini hanya melanda di Malaysia sahaja. Malangnya, ianya juga berlaku di sini. Ketika ada yang menyebut, "usrah kami la yang kumpul duit ni.." atau mungkin, "organisasi kamilah yang kumpul duit ni.." Sangatlah mengecewakan. Sikap mahu menggunakan isu Palestin untuk kepentingan sendiri perlulah diperhalusi, adakah membawa keuntungan atau mudarat. Aku pula yang terpinga-pinga. Ketika apa yang dibuat tidak kena dengan angin mereka, ianya dikatakan, tidak taat syuro. Akan tetapi, apabila ianya dapat menaikkan nama, mulalah mahu mengakui hal itu milik organisasinya. Walaupun, dal

Masalah yang lalu

Kadangkala, kita rasa kita ditimpa musibah yang sangat besar. Ketika itu, kita rasa lemah dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Ianya sangat besar bagi kita. Kita hanya mampu berdoa, berusaha sekadarnya dan berserah pada-Nya. Tapi, tanpa kita sedari, ianya berlaku berulang-ulang kali dalam hidup kita. Segala permasalahan yang kita anggap sukar ketika itu, sudahpun kita lalui. Mungkin hasilnya tidak memuaskan, tetapi kita tetap dapat selesaikan dan mungkin sudahpun kita lupakan. Kerana itulah, bukan suatu yang aneh jika ada senior yang menyebut, "Alaa senang je tu.. Cuma buat ni, buat tu.." Dan, mungkin juga kita sering juga menyebut pada adik-adik kita, "PMR? Kacang je. Abang dulu study main-main je. Oke je result !" Begitulah ajaibnya kehidupan kita. Selepas ini, dihadapan kita masih pelbagai ragam masalah yang belum kita lalui. Cuma, ingatlah! Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Berdoa dan berusahalah.