Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum

Terbaca pesan seorang Ustaz, "Ramadhan yang berlari seperti seekor kuda perang dan kita yang merangkak seperti kura-kurang yang hilang berahi.." Muhasabah buat diri. Malam ini sudahpun masuk malam ketujuh bulan Ramadhan. Enam hari dibulan Ramadhan telahpun berlalu. Bagaimana catatan ( check-list ) amalan harian kita? Adakah bertambah baik? Adakah masih istiqamah? Seharusnya, bagi yang melazimi atau berazam untuk tilawah satu juzuk sehari, malam ini sudahpun selesai juzuk yang keenam. Bagi mereka yang kurang sedikit dari itu, paling minimum, sudahpun selesai juzuk ketiga. Ustaz Drs Muchlis Abdi pernah menyebut, antara kesilapan ketika dibulan Ramadhan adalah puasanya tidak OPTIMUM dan tidak MAKSIMUM. Apa bedanya? Optimum yang dimaksudkan oleh Ustaz adalah seluruh dirinya berpuasa. Bukan sekadar tidak menjamah makanan dan minuman, tetapi hatinya dijaga dari berperasangka buruk, lisan dijaga agar tidak menyakiti, penglihatan tertunduk dek takutnya dosa, dan segalanya

Konspirasi gila

Semua engkau mahu katakan konspirasi? Mesir itu konspirasi. Libya itu konspirasi. Tunisia itu konspirasi. Syria itu konspirasi. Semuanya konspirasi? Ketika di tilam empuk, dihembus kipas yang damai, menghadap laptop, engkau mudah berkata yang berpanasan berjuang itu konspirasi. Apakah mahu aku letakkan senapang di kepala kau baru dikatakan bukan konspirasi? Keluarga mereka dibunuh. Tanpa senjata yang mencukupi, mereka tetap berjuang. Oleh kerana peluru dan bom disasarkan ke arah mereka, kita yang ditilam empuk ini mudah mengatakan KONSPIRASI. Hiduplah engkau dalam konspirasi. Kami mahu hidup dalam realiti.

Nak makan apa berbuka nanti?

Ayat yang sama, tapi bila diungkap oleh orang yang berbeza, memberi makna yang berbeza. Apabila kita menyebut, "Nak makan apa berbuka nanti?" Memberi makna kita terfikir-fikir makanan apa yang mahu dibeli untuk berbuka. Kerana terdapat sekian banyak pilihan yang ada. Tapi, apabila sahabat kita di Palestin atau Somalia menyebut, "Nak makan apa berbuka nanti?" Adakah mereka juga sama dengan kita; bingung memikirkan juadah apa yang nak dimakan (kerana banyaknya pilihan)? Atau kerana ketiadaan makanan, apakah alas perut, biarpun sedikit yang mampu mengisi kelaparan mereka.

Sekadar Video

Entahlah adakah sesuai atau tidak video ini. Tanpa merasakan video ini penyebab 'hilang thiqah', silalah layan :) Ianya bertajuk, "Message Undeliverd" ataupun, secara terjemahan langsung, Pesanan Tak Terkesampaian. Selingan yang benar-benar selingan. .

Gedung Ilmu

Imej
Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam Perpustakaan. Teringat lagi ketika di Tingkatan 1 hingga 3. Tempat 'riadah' saya adalah perpustakaan. Nampak macam 'skema', tapi perpustakaanlah tempat riadah bagi budak 'kampung' yang berpindah ke kota canggih- Putrajaya. Sebelum ini, ketika di Selayang, banyak waktu yang dihabiskan diluar rumah. Buat pondok, panjat pokok, mandi sungai, masuk gaung, curi bola golf dan kebiasaan bagi budak lelaki, main bola. Selayang bukanlah kawasan kampung. Tapi saya menganggap dan menjadikan ianya umpama suasana kampung. Jiran-jiran yang ramah yang bersatu serta surau yang hidup dengan pelbagai aktiviti sangat menyeronokkan. Tiba-tiba, ketika tahun 2001, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Putrajaya. Bandar canggih yang ketika itu masih lagi tiada apa-apa. Kejiranan baru, rakan-rakan baru, sekolah baru, suasana baru.. Segalanya baru. Aktiviti 'kampung' ketika di Selayang sudah tiada lagi. Ketika itu barulah