Puasa: Antara Optimum dan Maksimum

Terbaca pesan seorang Ustaz,

"Ramadhan yang berlari seperti seekor kuda perang dan kita yang merangkak seperti kura-kurang yang hilang berahi.."

Muhasabah buat diri.

Malam ini sudahpun masuk malam ketujuh bulan Ramadhan. Enam hari dibulan Ramadhan telahpun berlalu. Bagaimana catatan (check-list) amalan harian kita? Adakah bertambah baik? Adakah masih istiqamah?

Seharusnya, bagi yang melazimi atau berazam untuk tilawah satu juzuk sehari, malam ini sudahpun selesai juzuk yang keenam. Bagi mereka yang kurang sedikit dari itu, paling minimum, sudahpun selesai juzuk ketiga.

Ustaz Drs Muchlis Abdi pernah menyebut, antara kesilapan ketika dibulan Ramadhan adalah puasanya tidak OPTIMUM dan tidak MAKSIMUM. Apa bedanya?

Optimum yang dimaksudkan oleh Ustaz adalah seluruh dirinya berpuasa. Bukan sekadar tidak menjamah makanan dan minuman, tetapi hatinya dijaga dari berperasangka buruk, lisan dijaga agar tidak menyakiti, penglihatan tertunduk dek takutnya dosa, dan segalanya isi hatinya hanya bersandar atas apa yang diperintahkan dan yang dilarang oleh Allah SWT.

Maksumum pula bermaksud tetap istiqamah dan bersemangat sepanjang bulan Ramadhan. Ertinya, tidaklah hanya bersemangat diawal bulan, tetapi makin lesu dihujungnya. Dan, kerana itulah Allah SWT menyediakan malam Lailatulqadar disatu pertiga penghujung bulan Ramadhan. Hikmahnya agar kita tetap bersemangat hingga ke penghujungnya.

Kedua-dua ini, antara OPTIMUM dan MAKSIMUM haruslah selari.

Moga kita dapat mencapai maksud sebenar berpuasa- iaitu menjadi, INSAN YANG BERTAQWA!*




*(QS 2:183)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu