Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Kenapa mahu mencari imam?

Imej
Foto ihsan daripada Wikipedia . Sangat informatif untuk ketahui posisi dalam berjemaah. Tertanya-tanya pada diri, "..jika saya bernikah, bilakah waktu untuk berjemaah dengan keluarga?" Kerap kali ditemukan para muslimat menyebut mengenai mencari 'sang imam'. Bukanlah bermaksud harfiah; imam yang mengetuai solat berjemaah di masjid. Kalau imam yang itu, bila-bilapun boleh cari. Tetapi, yang mereka maksudkan suami ataupun pasangan hidup. Dahulu istilah ini hanya popular dikalangan wanita-wanita bertudung labuh. Sekarang, sudah 'komersial'. Semua mahu menggunakannya. Akan tetapi, bolehkah imam tersebut adalah suami yang mengimami solat untuk isteri dan keluarga setiap kali solat fardhu? Tempat solat fardhu bagi seorang lelaki, mahu ataupun tidak, adalah secara berjemaah di masjid. Bukanlah dengan puan isteri. Makanya, bagi muslimat yang berharap dapat solat fardhu lima waktu dengan suami, lupakanlah. Kecualilah jika bakal suami anda memang berjawatan

Telah lama kau sibuk

Telah lama kau katakan kau sibuk, Solat kau kata ... yang ringkas-ringkas saja, ... rukhsoh katamu, ... Allah pasti tahu tentang dirimu, ... soal solat sunat, ... tunggu dahulu, ... bila ada masa, kau pasti bertamu, Wirid kau kata, ... yang penting-penting saja, ... kadang-kadang, wiridpun kau lupakan, ... nak kejar yang kubro, hanya harapan, ... entah bila, dirimu akan kesampaian, Benar kau sibuk? Berapa purnama lagi kau akan sibuk? Satu bulan? Dua bulan? Satu tahun? Kau kata kau sibuk, Bila lapang menjengah ... kau beralasan, ... itulah kesempatan, ... waktu rehat, dalam kesempitan, ... nanti ada waktumu untuk tuhan Waktu mana lagi? Kau belajar kau sibuk, Kau lapang kau kata mahu berehat, Kau kerja kau sibuk, Kau berkeluarga kau sibuk, Cuma tinggal, Kreatifnya alasan, ...kepada tuhan.