Kenapa mahu mencari imam?

Foto ihsan daripada Wikipedia. Sangat informatif untuk ketahui posisi dalam berjemaah.

Tertanya-tanya pada diri, "..jika saya bernikah, bilakah waktu untuk berjemaah dengan keluarga?"

Kerap kali ditemukan para muslimat menyebut mengenai mencari 'sang imam'. Bukanlah bermaksud harfiah; imam yang mengetuai solat berjemaah di masjid. Kalau imam yang itu, bila-bilapun boleh cari. Tetapi, yang mereka maksudkan suami ataupun pasangan hidup.

Dahulu istilah ini hanya popular dikalangan wanita-wanita bertudung labuh. Sekarang, sudah 'komersial'. Semua mahu menggunakannya.

Akan tetapi, bolehkah imam tersebut adalah suami yang mengimami solat untuk isteri dan keluarga setiap kali solat fardhu? Tempat solat fardhu bagi seorang lelaki, mahu ataupun tidak, adalah secara berjemaah di masjid. Bukanlah dengan puan isteri.

Makanya, bagi muslimat yang berharap dapat solat fardhu lima waktu dengan suami, lupakanlah. Kecualilah jika bakal suami anda memang berjawatan imam masjid. Ataupun, kaki sodorm; istilah yang digunakan di sekolah berasrama bagi orang yang ponteng solat di masjid, hanya solat di dalam dorm.

Solat berjemaah sangat besar manfaatnya. Mungkin semua sudah maklumi dengan hadith ini:

Shalat berjama’ah lebih utama dibandingkan shalat sendirian dengan dua puluh tujuh derajat.[1]

Namun, larangan untuk lelaki solat bersendirian juga keras. Antaranya;

Sungguh aku ingin minta diambilkan seikat kayu bakar, kemudian memerintahkan seseorang untuk mengumandangkan azan shalat, lalu memerintahkan seseorang untuk menjadi imam shalat, kemudian aku mendatangi orang-orang yang tidak datang untuk shalat (berjamaah) untuk aku bakar rumaha-rumah mereka. [2]

Jadi, kapankah waktu untuk berjemaah dengan keluarga? Kapankah suami bisa menjadi imam-mu?

Jujur, saya tidak tahu.


********************

Baru-baru ini, mengkuti ta'lim. Ustaz menyebut, lebih utama seorang lelaki solat sunat di rumah. Jangan pulun semuanya di masjid.

Ustaz menyebutnya ketika membahaskan mengenai solat sunat sebelum Subuh. Lebih baik andai solat sunat dilakukan dirumah, bagi kariah yang jarak rumah dengan masjid memungkinkan beliau mengikuti solat fardhu Subuh di masjid. Maksudnya, jika beliau solat sunat Subuh dirumah, beliau masih sempat untuk ikuti solat Subuh berjemaah di masjid.

Jadi pemahaman saya, seorang isteri boleh berjemaah bersama suami ketika solat sunat. Contohnya, solat malam (qiamul lail). Ya, memang solat malam tu berat.

Konklusi simple, kena rajin solat sunat.

Baru fikir pasal imam.

----------------
[1] Sahih al-Bukhari, hadis no. 609. Muslim, hadis no. 1038-1039; al-Tirmizi, hadis no. 199; al-Nasa’i, hadis no. 828; Ibn Majah, hadis no. 781; Ahmad, hadis no. 4441, 5080, 5518, 5651 dan 6166; Malik, hadis no. 264
[2] Sahih Bukhari, hadis no. 608. Sahih Muslim, hadis no. 1040.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu