Mereka yang dari pintu ke pintu



Pernah dengar mengenai jemaah tabligh?

Artikel kali ni menyentuh sedikit mengenai pendekatan gerakan jemaah tabligh. Tertib dakwah mereka mudah tetapi sistematik. Bagi pergerakan dan pertubuhan dakwah lain, gerakan dakwah jemaah ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam menguruskan dan menjalankan tarbiyah sesama ahli. Sebagai permulaan, Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas Khandalawi di India. Jemaah tabligh berdakwah atas prinsip 6 perkara atau dikenali sebagai 6 sifat sahabat. Sifat-sifat tersebut adalah :

  1. Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah.
  2. Shalat khusyu' dan khudu'.
  3. Ilmu ma'adz dzikr
  4. Ikramul Muslimin
  5. Tashihun Niyah /Ikhlas niat
  6. Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah

Usaha jemaah tabligh ni merangkumi semua manusia tanpa mengira darjat, pangkat dan bangsa mahupun mazhab. Daripada CEO, pensyarah (dosen), doktor, guru, kerani, tukang kebun hingga la ke orang bisu. Malah pernah satu jemaah orang bisu dari Malaysia dihantar untuk berdakwah ke Indonesia. Sedangkan mereka yang kurang sempurnapun mampu berdakwah, kitapun perlu la mampu tak kira melalui wasilah apa pun.

Kerja dakwah yang mereka sampaikan ini juga mengajak mat rempit, mat pet dan semua mat-mat yang ada. Oleh itu, tertib yang disediakan juga mudah. Ini bagi memudahkan penerimaan dakwah dan dapat difahami. Jemaah tabligh juga mengelak dari membincangkan perkara yang menyebabkan perselisihan seperti perkara-perkara khilafiyah.

Seterusnya, yang menjadi point utama, tertib gerakan dakwah mereka. Mungkin terdapat perkataan-perkataan yang baru, jadi boleh rujuk glosari pada akhir post.

Dikalangan elderst tabligh, mereka tidak pernah menjenamakan usaha ini sebagai jemaah tabligh. Usaha ini hanya dikenali sebagai usaha atas iman. Namun sebagai memudahkan dan menjadi kebiasaan orang awam memanggilnya sebagai jemaah tabligh, jadi ia sering digunakan.



Disesebuah tempat seperti kawasan kejiranan, jemaah tabligh akan cuba mengamalkan 5 amal masjid. Mereka sangat mengimpikan agar masjid disesuatu tempat dapat dihidupkan dengan suasana masjid Nabawi. Lima amal masjid tu adalah :

  1. Mesyuarat harian : Seperti meeting tempat kerja, ada laporan aktiviti semalam, action plan, follow up dan meeting minutes. Tetapi fikir umat.
  2. Ta'lim harian.
  3. Gash : Gash pertama (kejiranan sendiri) dan gash kedua (kejiranan sebelah)
  4. Tiga hari : khuruj ke halaqah sekitar.
  5. Dua jam setengah : Karkun diminta luangkan 2.5 jam sehari untuk buat dakwah. Boleh buat khususi , usuli mahupun dakwah dari pintu ke pintu, lorong ke lorong.
Ilmu juga mempunyai takrif khusus bagi jemaah ini iaitu pengetahuan yang menyebabkan empunya dapat taat perintah Allah. Selain itu, ianya hanya maklumat.

Dalam mesyuarat mingguan halaqah, amir halaqah akan review dan minta karguzari(laporan) peningkatan amal halaqah dia. Peningkatan amal dikira melalui 5 amal. Semua masjid dan surau disenaraikan, dan digredkan samada sudah sampai 5 amal istiqamah, beberapa amal atau tiada amal. Masjid yang belum 5 amal akan dimesyuaratkan supaya karkun daripada masjid 5 amal boleh di outsource untuk usahakan supaya orang tempatan masjid tiada amal tu boleh mulakan dan upgrade jadi masjid beberapa amal.


Karkun juga digalakkan untuk khuruj minimum 3 hari sebulan, 40 hari setahun dan 4 bulan seumur hidup. Bagi khuruj selama 3 hari, Kebiasaannya dilakukan di kawasan kejiranan sekitar. Ini bagi membantu kawasan tersebut menghidupkan usaha dakwah atas iman. Bagi khuruj 40 hari pula, ia dilakukan didalam Negara. 4 bulan pula dilakukan diluar Negara, digalakan ke IPB ( India, Pakistan atau Bangladesh). Namun terdapat juga banyak jemaah yang dihantar ke Negara-negara lain seperti Jepun, Israel, Sri Lanka dan boleh dikatakan seluruh dunia. Maksud khuruj adalah untuk membawa agama sempurna masuk kedalam hidup karkun dan keluarganya. Maksud untuk jamaah pula, adalah untuk menyediakan karkun untuk buat usaha tempatan. Selalu ditekankan kepada karkun : keluar 3h/40h/4b bukan maksud tetapi hanya wasilah. Maksud sebenar adalah usaha tempatan (jargon = usaha maqami).

Itulah serba sedikit mengenai jemaah ini. Walaupun ramai yang mengatakan mereka selekeh dan tidak terurus, namun usaha yang mereka lakukan adalah mengikut tertib yang sistematik.


Glosari


Karkun - aktivis Jemaah Tabligh (orang dakwah)
Gash - ziarah / jaulah
Elders - pimpinan Jemaah Tabligh
Khususi - ziarah dengan mengetahui siapa yang nak diziarahi secara tertentu (e.g ziarah imam, ziarah brader jual beger, ziarah ketua cawangan etc) Beza dengan ghast, yang mana ghast ziarah pintu ke pintu secara berurutan ikut turn rumah.
Usuli - follow up
Ta'lim - ada 3 bahagian : 1. kitabi - bacaan kitab fadhail amal dan muntakhab hadith 2. halaqah tajwid - 10 surah terakhir 3. muzakarah enam sifat.
Ta'limi gash - semasa program ta'lim, 2 orang akan dihantar keluar masjid untuk mengajak mana-mana muslim yang bersantai-santai tak ada kerja di luar rumah ke program taklim. yang ni tak pergi rumah.
Targhib - ucapan yang mengandungi ancaman dan fadhilat yang membawa pendengarnya lebih bersemangat untuk lebih korban masa, diri dan harta untuk agama.
IPB - india, Pakistan, Bangladesh
Karkun sejuk - karkun yang dah tak aktif
Khuruj - Keluar kejalan Allah (berdakwah)

P/s : Kebanyakan rujukan diambil dari al-fikrah.net dan beberapa web lain. Saya dah lama tidak mengikuti jemaah tabligh. Bukan karkun sejuk je, mungkin dah beku. +_+

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum