Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Di sebalik Isra' Mikraj

Imej
Sewaktu hadirnya kesedihan di hati kekasih Allah, Muhammad Ya Rasulullah, sebuah peristiwa agung telah berlaku pada suatu malam di bulan Rejab menjadi perjalanan rohani terlihatnya Rasulullah akan kebesaran Allah. Peristiwa isra' mikraj yang berlaku diakhir Rejab itu tercatat dalam Al-Quran dalam Surah Al-Isra' dan Surah An-Najm. Hal Isra' dikisahkan melalui ayat Allah ini: Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Isra': 1 Manakala mikraj pula terdapat pada ayat-ayat berikut: Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13) Di sisi "Sidratul-Muntaha"; (14) Yang di sisinya terletak Syurga &q

Mengharapkan

Imej
Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. dan Mu'az ada di belakangnya samasama menaiki suatu kendaraan. Beliau s.a.w. bersabda: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah, wa sa'daik," (ini adalah kata-kata mengiyakan bagi orang Arab yang amat sopan sekali). Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik." Tiga kali banyaknya. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya, dengan penuh keyakinan dalam hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan orang itu masuk ke dalam neraka." Mu'az berkata: "Ya Rasulullah, bukankah lebih baik jikalau berita ini saya kabarkan kepada seluruh manusia, supaya mereka itu ikut bergembi

Cerita Nasyid 2

Imej
Sambungan... Kumpulan In Team sewaktu awal kemunculannya, banyak lagu-lagu berunsur cinta dan kasih sesama manusia. Ketika ini lagu Impian Kasih dan Kasih Kekasih sering menadapat perhatian. Hingga akhirnya mengundang kritikan dikalangan masyarakat sendiri. Mereka yang ketika itu dibawah syarikat rakaman Hijjaz records mungkin belum matang dalam membuat pemilihan lagu (ini hanya pendapat peribadi). Kerana itulah kini mereka telahpun mengeluarkan album yang bertajuk Tiada Lagi Kasih dibawah syarikat rakaman sendiri. Album tersebut umpama menjawab segala yang diperkatakan tentang mereka. Alhamdulillah penyampaian nasyid In Team sentiasa segar. Album terbaru mereka saya belum lagi dapat mendengar kesemua lagu dalam tu. Kumpulan In Team juga pernah mengalami konflik dalaman yang menyebabkan seorang ahlinya keluar iaitu Hisyam. Lantas Hisyam menubuhkan kumpulan nasyid baru, Dehearty. Lagu-lagu mereka menarik dan terdapat lagu yang dikatakan ditujukan Hisyam kepada bekas teman-temannya di In

Cerita Nasyid 1

Imej
Pada awal era kemunculan irama nasyid di Malaysia, kumpulan-kumpulan nasyid seperti The Zikr dan Nada Murni merupakan nama-nama yang tidak asing lagii untuk diketengahkan. Kumpulan-kumpulan nasyid ini dahulunya dibawah seliaan gerakan Al-Arqam. Turut serta juga kumpulan nasyid Qathrunada. Bagi kumpulan The Zikr, penyanyi utamanya adalah Nazrey Johani. Beliau telah menubuhkan kumpulan nasyid Raihan dengan dianggotai Amran, Che Amran, Abu Bakar dan Allayarham Azahari. Namun, kini Nazrey telah memilih untuk bergerak secara solo. Kumpulan Nada Murni pula, mempunyai dua vokalis utama sepanjang penglibatan nasyid mereka iaitu Munif Ahmad dan Ustaz Asri. Munif kini adalah vokalis utama kumpulan Hijjaz manakala Ustaz Asri pula adalah vokalis utama kumpulan Rabbani. Sebenarnya kebanyakan lagu yang dibawakan oleh mereka telahpun dinyayikan kembali oleh penyanyi nasyid kini. Oleh itu sumbangan yang dibawakan oleh mereka adalah sangat besar. Antara lagu-lagunya adalah Rasulullah (Hijjaz), Dunia

Langkah Permulaan

Imej
“Kita kena tahu mana yang lebih penting. Jangan sebab sibuk dengan persatuan, yang lain kita tinggal,” ringkas pesanan sahabat. Dalam pertemuan singkat tu, banyak yang saya perolehi. Alhamdulillah. Masih ramai yang sering tanya keadaan usaha agama di tempat ini. Saya yang jahil ni sering terkial-kial menjawab. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Ahad lepas, 12 Julai 2009, selesai di adakan Majlis Wacana Ilmu dan penstrukturan Biro Agama dan Pembangunan Insan (API). Sebuah badan yang insya Allah akan menggerakkan program agama sekitar mahasiswa Ukrida. Sebelum ini sering terfikir untuk menggerakkan suatu kumpulan yang bergiat secara aktif dalam urusan agama disini. Risau dalam diri, usaha agama lesu, tapi usaha untuk hal-hal yang lain kian bercambah. Biarkan wadah ini yang menjadi pilihan. Maafkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia. Usaha agama yang kalian gerakkan, tak dapat saya teruskan disini. Maaf juga kepada seorang sahabat di sini. Dahulunya sering mengajak untuk ke Markaz di Kebo

Mahasiswa dan kerajaan

Imej
“Saya dapati, diantara kebanyakan negara yang kita hantar mahasiswa-mahasiswa, di Indonesialah yang mahasiswanya paling kuat menyokong kerajaan,” kata salah seorang menteri dengan diikuti tepukan dari para hadirin. Bagi saya, apa yang dikatakan mungkin ada pro dan kontranya. Dan apa yang dikatanya lebih bersifat kenyataan peribadi. Namun apa yang menarik perhatian saya, bagaimanakah kayu ukur untuk melihat sama ada mahasiswa itu menyokong kerajaan sepenuhnya? Pertamanya, pastilah perkataan menyokong itu suatu predikat yang antonimnya adalah membantah atau menentang. Dan dari situlah dilihat mahasiswa menyokong ataupun tidak. Lalu bangkit seorang hadirin untuk mengemukakan soalan dan sedikit masukan. “Seperti yang Datuk katakan tadi, saya bersetuju dengan Datuk. Sebabnya dalam Islampun mewajibkan kita menyokong pemerintah (kerajaan),” ulas pemuda tersebut. Saya bukan ahli untuk membahaskan isu yang mengundang perselisihan pendapat itu. Seterusnya, tindakan menyokong kerajaan daripada m

Tazkirah Ekspress

Imej
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam". (At-Taubah: 109) Assalamualaikum wbt Sebuah bangunan di diri dengan tiang kukuh lalu batu-batuan menjadi menyokongnya. Dalam kehidupan sebuah jemaah, harakah, persatuan atau atas apapun asalannya, memerlukan sokongan dari segala segi. Dan nasihat-menasihati kearah kebenaran dan dengan kesabaran lah yang paling utama. 1. Niat merupakan asas kukuh. Ia menjadi pemacu. Jadi niat yang tiada terselit muslihat sangat diperlu. Asaskan niat dan sentiasa ingatinya. 2. Ukhwah tanpa ikhtilat. Seharusnya difikirkan apa asasnya sebuah persatuan ini. Jika ingin merapatkan ukhwah. Lakukanlah. Jika ingin menyebarkan dakwah. Lakukanlah. Lakukanlah segalanya. Tapi harus diingat, telinga yang mendengar lebih dekat dengan mulut yang berbicara. A

Mutiara hikmah tok guru 2

Syurga dan neraka. Kedua-dua projek raksasa inipun sudah ada, Apabila syurga ini sudah ada, hendak kaji apa lagi. Kewujudannya sudah disahkan sendiri oleh Nabi Muhammad saw sewaktu peristiwa israk mikraj. Dalam kesempatan diberi hidup menumpang di bumi Allah inilah kita semua sedang diuji sama ada mahu melaksanakan Islam ataupun tidak. Individu diuji secara secara individu dan pemimpin kerajaan serta pemerintah, diuji dalam bentuk amanah kekuasaan. 'Ujiannya ialah sejauh mana kamu berusaha melaksanakan Islam' dan bukannya sejauh mana kamu mengkaji dan berusaha menyesuaikan dengan teori ekonomi Adam Smith ataupun teori sosialis Karl Marx dan menghalang pelaksanaan Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat