Mutiara hikmah tok guru 2

Syurga dan neraka. Kedua-dua projek raksasa inipun sudah ada, Apabila syurga ini sudah ada, hendak kaji apa lagi. Kewujudannya sudah disahkan sendiri oleh Nabi Muhammad saw sewaktu peristiwa israk mikraj. Dalam kesempatan diberi hidup menumpang di bumi Allah inilah kita semua sedang diuji sama ada mahu melaksanakan Islam ataupun tidak. Individu diuji secara secara individu dan pemimpin kerajaan serta pemerintah, diuji dalam bentuk amanah kekuasaan. 'Ujiannya ialah sejauh mana kamu berusaha melaksanakan Islam' dan bukannya sejauh mana kamu mengkaji dan berusaha menyesuaikan dengan teori ekonomi Adam Smith ataupun teori sosialis Karl Marx dan menghalang pelaksanaan Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum