Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Wahai yang mahu berkempen- Jaga lidahmu!

Imej
Agar lidah tidak mengundang bencana Pilihanraya Umum Kali Ke-13 akan berlangsung kurang dari sebulan. Tempoh ini merupakan tempoh getir untuk semua jentera politik dari semua parti untuk berkempen memenangi hati pengundi. Jika kita buka facebook, pastinya penuh timeline dengan status-status dan foto berkaitan politik. Namun, yang sedihnya, sesetengah golongan berpolitik seolah-olah tidak beragama dan tidak bertuhan. Mulut dan tangan lantang menulis serta mengatakan sesuka hati tanpa mengira apa kesannya. Sedangkan, bagi orang beriman (mukmin), pastinya beliau sedar setiap butir patah kata yang dituturkan dan ditulis pasti akan dipersoalkan kelak. Neraca dosa dan pahala pasti ada. Dan, balasan pada hari akhirat juga PASTI ada. Hanya jika, kita beriman dengan semua itu (Allah dan hari kiamat). Saya membuka beberapa kitab yang berbicara mengenai adab bertutur kata. Tercari-cari manakah yang sesuai untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat di facebook. Dan, akhirnya saya berjum

Sungguh pfft

Imej
Klik gambar untuk lebih jelas Dahulu saya pernah berniaga telekung secara atas-talian ( online) . Untuk mudahkan berniaga, buatlah satu emel melalui gmail. Tapi, tak semena-mena, blogspot menyambung emel gmail tersebut kepada profil di blosgpot. Dan tiba-tiba, emel tersebut yang dipilih menjadi emel utama ( primary email ). Sekarang, tak boleh nak ubah dah emel utama tersebut. Emel yang digunakan masa awal-awal menggunakan blogspot (faridramli[at]yahoo[dot]com) dah pun menjadi emel kedua. Emel utama perlulah emel menggunakan domain gmail. Cara lain untuk ubah emel utama pada blog ini adalah dengan buat emel baru menggunakan gmail, tambah alamat emel tersebut (yang baru tadi) sebagai penulis (author) blog ini. Setelah selesai, buang penulis yang lama. Tapi, profil blogger sudahpun dianggap profil yang baru. Bermakna, profil farid ramli yang anda lihat dibahagian kanan blog ini akan tetap dengan emel telekung[dot]comel[at]gmail[dot]com. Sadis sungguh. Leceh. Entah la and