Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Orientasi- oriented

Merasakan diri paling benar adalah sindrom yang sangat bahaya. Ianya bukan sahaja mematikan kebenaran, tetapi menumbuhkan suatu barrier nilai yang 'senget'. Ketika dalam berjemaah, perlu disedari ianya adalah wadah ataupun alat. Bukanlah tujuan. Namun, garis pemisah ini (antara alat dan tujuan) sangat tipis sehingga seringkali sukar untuk dibezakan. Terdapat pelbagai lagi wadah yang lain. Yang menjadi pembeda, kerana manhajnya. Suatu ketika dahulu, (mungkin hingga kini) diri ini dikatakan bersifat program oriented . Apakah yang dimaksudkan itu? Kerana menjadikan alat sebagai subjek utama. Itu kata mereka. Tanpa perlu memberi alasan, kita diskusikan dengan cara yang mudah. Objektif dan program. Objektif dalam bahasa 'Islamik'-nya adalah hadaf. Program pula- kita mudahkan ianya adalah alat ataupun wadah. Oleh itu, mengambil dua contoh di atas. Kita mudahkan untuk memahami dalam tafsiran yang jelas. Program dan jemaah menjadi subjek. Dan keduanya memiliki sifat sebagai al

Baiknya Dia dan Curangnya Kita

Imej
Kita tolong top-up kredit makwe tiap bulan, call dia setiap malam, belanja makan untuk dia, bagi hadiah time birthday, habis duit elaun pasal date dengan dia, kira semuanya kita bagi. Tetibe nampak diorang keluar dengan pakwe baru, mesra sesangat. Apa rasa? Mesti marah tahap gaban. Dah makwe tu cakap, "i cinta you sampai mati.." Tak mati lagi dah buat macam ni. Cess.. Haha. Tu baru kita dengan makwe. Dah tu, kita mengaku kita ni pecinta sejati (melalui syahadah) pada Dia setiap masa, setiap keadaan, setiap tempat. Tapi dah berapa banyak kali kita curang pada Dia? Kita perlukan pertolongan baru nak cari Dia. Time dia panggil dating (azan), kita lambat-lambatkan. Tapi bila kena buat jahat sikit baru nak menadah tangan mohon pertolongan dan bersujud pada Dia. Nasib Dia sangat-sangat baik. Setia dengan kita. Huhu.. (T.T) teruknya kita.

Mendidik Budak Kecik

Imej
[Gambar Hiasan] Foto satu-satunya anak buah (setakat ini). Abangku minat komik dan anime,  jadi inilah hasilnya. hehe. Jika anda seorang guru sekolah dan ditugaskan untuk mengawal pelajar ketika perhimpunan. Kemudian, anda mendapati seorang pelajar memakai pakaian yang tidak mengikuti peraturan sekolah, apakah yang perlu anda lakukan? Haaa, sila jawab! :) Mungkin cara yang biasa kita lihat, terdapat guru yang akan menarik pelajar tersebut untuk berdiri di hadapan. Terdapat juga guru yang langsung denda atau merotan pelajar terbabit.  Cara-cara denda yang dilakukan kebanyakan menjatuhkan maruah pelajar. Saya teringat ketika di sekolah menengah dahulu, Guru Penolong Kanan pernah memberitahu bahawa beliau lebih suka memalukan pelajar yang membuat kesalahan. Sebab baginya, pelajar akan ingat peristiwa tersebut dan tidak akan mengulanginya. Tapi benarkah dengan menjatuhkan maruah seorang pelajar akan membuatkan beliau akan lebih berdisplin? Perkar

KONY, Syria dan Palestin

Baru-baru ini, tersebar luas video dokumentari bertema KONY 2012. Saya kurang berminat untuk memeriksa ianya sahih atau tidak. Jika ianya isu kemanusiaan, dengan jelas kita menyokong ianya diperjuangkan. Cuma kecewa, antara ada dua perkembangan. Isu kemanusiaan dan isu aqidah. Isu Palestin dan Syria membabitkan saudara seaqidah kita. Ianya tidak mampu menjadi perhatian.. adakah kurang sensitif atau tiada rasa kebersamaan antara KITA (sesama Muslim). Isu Syria bukan hal yang baru. Ianya telah setahun berlalu, sehingga kini mereka masih ditindas oleh regim yang zalim. Pemimpin dari golongan Syiah bersatu menyembelih, membunuh dan menzalimi golongan sunni di sana. Malah, negara yang dikatakan 'pro-Islam' yakni Iran, kuat menyokong tindakan si celaka Bashar al-Assad. Isu Palestin pula, apakah yang sedang berlaku? Tahukah kita apa itu Global March to Jerusalem? Isu Palestin membabitkan isu kemanusiaan dan aqidah. Mana mungkin kita tak ambil peduli.

Catatan Jaulah Osem #01

Imej
Beratur untuk menaiki pesawat ke Surabaya. Kami memilih Batavia kerana agak murah ketika itu. "Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu ooh.. Hati ku rasa sesuatu.." Berkali-kali lagu ni cuba mengejutkan aku. Sampai habis bateri handphone , tak bangun-bangun juga. Tiba-tiba junior datang ketuk pintu bilik untuk kejutkan. Eh, kami ada misi hari ini! Sepatutnya bertolak ke bandara ( airport ) jam 3.45 pagi. Tapi, disebabkan bangun terlambat dan barang tak kemas lagi, bertolak agak lewat sikit. Sindrom post-exam membuatkan aku sangat-tersangat-sangat malas untuk berkemas sebelum tidur. Teksi kuning sudahpun menunggu. Seperti biasa mahasiswa Malaysia di sini, kami menggunakan perkhidmatan syarikat "Taxi-ku". Sebabnya, bayaran tol akan ditanggung teksi. Boleh jimat sikit! Selesai mandi dan berkemas, kami bertolak ke bandara. Jalan lengang. Tak banyak kenderaan. Lama perjalanan dari ruma

Solidariti Untuk Syria

Imej
Poster Program Ayuh sertai! Syria bukan sekadar isu kemanusiaan. Ia juga isu aqidah. Kita mampu melihat, kita mampu menangis, tapi sedarkah apa peranan kita? Adakah cukup dengan apa yang kita lakukan hari ini? Ataupun tidak pernah sekalipun kita ambil peduli? Talkshow yang dianjurkan bagi mengetuk hati kita. Agar kita tidak lagi terlena. Kita juga ada peranan..

Tadabbur Lagu

Imej
Sekuat dan sejujur manakah hati ini  ▌ Merelakan dia bukannya tercipta untukku  ▌ Ku selami erti mencintai  ▌ Berat dan bisa merebahkan  ▌ Andai tak ku gagahi  ▌ Kerna cinta itu memberi  ▌  Kerna cinta itu peluang  ▌ Namun bukan lagi buatku  ▌ Mungkin Tuhan ingin memberitahukan sesuatu  ▌  Bagaimana untuk aku terima  ▌ Kebahagiaanmu itu punya jalannya  ▌  Jalannya bukan bersama denganku  ▌ Dia yang mengenalkan padaku  ▌ Erti cinta sebenar  ▌ Dia yang menyakitiku  ▌ Meski tanpa kehendaknya  ▌ Sehingga aku sedar segalanya Ini merupakan salah satu lagu ciptaan Halim dari kumpulan Devotees. Jika lihat pada lirik lagu ni memang sah jiwang! Tetapi, suatu perkara bukanlah dilihat pada apa yang terjadi (tertulis) tetapi bagaimana kita mengambil makna disebalik itu. Secara literal, memang lagu ini mengisahkan seseorang yang cintanya ditolak. Oleh itu, ia ber-muhasabah kembali. Muhasabahnya untuk mengenal kembali erti cinta, agar mudah untuk ia menerima apa yang terjadi.

Senjata Menempuh Ujian

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا Allaahumma laa sahla 'illaa maal ja'altahu sahlan wa 'Anta taj'alul-hazna 'ithaa shi'ta sahlan. O Allah, there is no ease other than what You make easy. If You please You ease sorrow. [1] Haaa, ni doa untuk memudahkan kita menghadapi peperiksaan. Ingat tiga perkara penting- Doa, Usaha dan Tawakal! Mulakan setiap sesuatu dengan doa. Seringkas-ringkas doa dengan ungkapan bismillah. Barulah setiap urusan dipermudahkan dan paling penting, mendapat redha Allah Subhanahu wa-ta'ala. Kan? Kan? Kan? Doa ini ringkas dan mudah di hafal. Tapi, tak mengapa jika kita membaca doa dalam bahasa sendiri. Cuma adalah lebih baik berdoa sesuai yang diajari oleh Nabi Sallallahu-alaihi wa sallam. Kata cinta nabi.. Jadi, mestilah setiap butir kata-katanya menjadi peneman hati. :) -------------- [1] Ibn Hibban in his Sahih (no. 2427), and Ibn As- Sunni (no. 351

Jaulah Bulatan Gumbira

Imej
Poster Bulatan Gumbira. hehe. Alhamdulillah, kami selesai berjaulah selama 4 hari 4 malam ke Surabaya, Gunung Bromo dan Jogjakarta. Kami ber-jaulah untuk mencari ilmu dan membina ukhuwwah. Insha Allah nanti saya update catatan perjalanan. :)

Sedikit Catatan 29hb

Sebelum tanggal 29 Februari melabuhkan tirai, ingin dituliskan sedikit pesanan buat pembaca blog ini.  Saya insan biasa, penuh kesalahan, penuh kedhaifan. Jika dibuka tabir keaiban diri, pasti semua membenci diri ini.  Saya bukan orang baik, tetapi ingin menjadi baik dan sukakan orang-orang yang baik.  Saya pelajar perubatan, tetapi tidak cemerlang. Saya harus membayar nilai yang sangat mahal untuk berjaya. Iaitu dengan lewat setahun memasuki semester klinikal. Anda tidak harus mencontohi saya.  Saya sangat berharap apa yang saya tulis ini memberi manfaat pada diri saya terutamanya. Bukanlah untuk orang lain. Tetapi jika ada yang dapat mengambil manfaat bersama, silakan.  Saya belum berfikir untuk menamatkan masa bujang dalam masa terdekat. Saya punyai perancangan masa depan sendiri. Jadi, saya tidak perlu memberi mana-mana 'harapan'. Anda teruskan hidup anda, saya teruskan hidup saya. Jika merasakan tulisan saya salah, anda wajib menegur saya.  Sek