Orientasi- oriented

  • Merasakan diri paling benar adalah sindrom yang sangat bahaya. Ianya bukan sahaja mematikan kebenaran, tetapi menumbuhkan suatu barrier nilai yang 'senget'.

    Ketika dalam berjemaah, perlu disedari ianya adalah wadah ataupun alat. Bukanlah tujuan. Namun, garis pemisah ini (antara alat dan tujuan) sangat tipis sehingga seringkali sukar untuk dibezakan.

    Terdapat pelbagai lagi wadah yang lain. Yang menjadi pembeda, kerana manhajnya.

    Suatu ketika dahulu, (mungkin hingga kini) diri ini dikatakan bersifat program oriented. Apakah yang dimaksudkan itu? Kerana menjadikan alat sebagai subjek utama. Itu kata mereka.

    Tanpa perlu memberi alasan, kita diskusikan dengan cara yang mudah.

    Objektif dan program.

    Objektif dalam bahasa 'Islamik'-nya adalah hadaf.

    Program pula- kita mudahkan ianya adalah alat ataupun wadah.

    Oleh itu, mengambil dua contoh di atas. Kita mudahkan untuk memahami dalam tafsiran yang jelas. Program dan jemaah menjadi subjek. Dan keduanya memiliki sifat sebagai alat ataupun wadah. Ianya bukanlah tujuan utama.

    Malangnya, seringkali dilihat jemaah menjadi sasaran utama. Sehingga tidak pelik apabila dianjurkan program Islamik bertujuan memahamkan orang pada Islam, akan pasti dikatakan ianya tiada 'objektif'! Hanya kerana, tidak dapat menarik orang pada jemaah. Jarang terdengar ada yang bertanya, "apa tujuannya ia diadakan?" Yang ada hanyalah kesimpulan- ianya tiada tujuan.

    Sindrom merasakan hanya diri yang paling benar terjadi. Sehingga hanya merasakan kekurangan pada diri orang lain.

    Dengan serba kekurangan, cuba dicari pada sirah. Dimanakah sifat nabi yang lansung membuat justifikasi tanpa mengadili. Tapi tak dijumpai. Mungkin kerana ke-dhaifan diri ini.

    Yang dapat disimpulkan melalui gambaran di atas:

    1. Biasakan diri untuk bertanya. Kerana ia meletakkan diri dalam posisi lebih bawah atau lebih kurang, kerana kita memerlukan jawapan daripada yang ditanya. Kita faham bukan bermakna si dia tidak faham.
    2. Tujuan bukan sekadar tujuan, tetapi tujuan yang jelas adalah lebih utama. Jangan diharap dengan meletak seketul bata, sejam kemudian jadi menara.
    3. Membuat justifikasi perlulah diselidiki terlebih dahulu, tanpa terus meletakkan label samberono.
    4. Diri kita lemah, tak mungkin terlepas dari membuat kesilapan.
    5. Perbetulkan niat, Allah ghayatuna. Namun untuk mencapai, perlulah terorganisir- yaitu melalui jemaah (saya tidak bahaskan jamaatul muslimin dan jamaatul minal muslimin). Ianya garis tipis, namun pada yang arif pasti mereka lebih mengerti.
  • Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Tentang Mek

    Mereka yang dari pintu ke pintu

    Puasa: Antara Optimum dan Maksimum