Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Terima kasih

Imej
Untuk bulan ini, blog Minda Syabab ini sering dikunjungi berkaitan perihal Matrikulasi melalui artikel saya: Kolej Matrikulasi KPM . Ini bermakna, sesi baru kemasukan pelajar Matrikulasi akan tiba. Tahniah buat kalian kerana mendapat tawaran dan tahniah juga kerana berinisiatif untuk lakukan sedikit research berkaitan matrikulasi. Info yang saya catatkan berkenaan matrikulasi adalah info pada 2008, dan ianya hanyalah pengalaman peribadi. Pastinya banyak yang berubah. Tetapi soal asas bagi matrikulasi pastinya tidak banyak yang berubah, seperti kod pemakaian, subjek dan sebagainya. Blog ini, walaupun tidak dikemaskini, ramai yang sering masuk terutamanya melalui carian berkaitan Nikah Khitbah. Ianya hanya artikel yang mencantumkan tulisan Ustaz Mazlee Malik. Bukanlah tulisan saya. Saya juga musykil kenapa blog ini yang dirujuk. Rupa-rupanya, melalui carian Nikah Khitbah di Google, blog ini antara teratas berkaitan Nikah Khitbah. Pernah juga yang masuk blog ini, melalui folder ko

Tulisan, Buku dan Input

Imej
Kali pertama saya menulis blog ini adalah pada bulan Ogos 2008. Ketika itu baru saja tiba di Tanah Jawa ini. Kini, sudahpun April 2011. Hampir 3 tahun sudah umur blog. Tetapi umur blog tidak melambangkan apa-apa. Penulisan semakin berkurang, dan artikel-artikel ilmiah jarang saya dapat siapkan. Mungkin sebabnya adalah kurangnya input dalam diri, ataupun terlalu lama menangguhkan penulisan, ataupun saya lebih tertumpu pada mini-blog iaitu Facebook. Ketiga-tiga sebab tersebut semuanya benar. Pada pesta buku yang lalu, saya akui, banyak buku yang saya impikan untuk dimiliki. Tapi dalam simpanan saya masih banyak lagi buku yang tak terbaca, termasuklah buku-buku Medik. Malu pada buku. Dalamnya tersimpan khazanah ilmu, tinggal untuk kita baca dan fahami saja. Kelmarin, terdapat sahabat yang menghadiahkan saya dengan buku-buku. Terkelu lidah untuk menerimanya. Jazakallah khairan khatira. Ini antara buku pemberiannya: Pemikiran Islam Di Malaysia karya Dr Abdul Rahman Abdullah, Anekdot k

PERMAI 2011

Imej
Afwan, kerana membiarkan blog ini tidak diisi buat kesekian kalinya. Agak sibuk dengan persatuan dan pembelajaran. Sekarang sedang optimis dengan penganjuran Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI 2011). Mohon sahabat-sahabat yang dapat membantu kami dalam promosi dan pencarian dana program ini. Lawati blog http://permai2011.blogspot.com/ untuk maklumat lengkap.