Terima kasih


Untuk bulan ini, blog Minda Syabab ini sering dikunjungi berkaitan perihal Matrikulasi melalui artikel saya: Kolej Matrikulasi KPM. Ini bermakna, sesi baru kemasukan pelajar Matrikulasi akan tiba. Tahniah buat kalian kerana mendapat tawaran dan tahniah juga kerana berinisiatif untuk lakukan sedikit research berkaitan matrikulasi.

Info yang saya catatkan berkenaan matrikulasi adalah info pada 2008, dan ianya hanyalah pengalaman peribadi. Pastinya banyak yang berubah. Tetapi soal asas bagi matrikulasi pastinya tidak banyak yang berubah, seperti kod pemakaian, subjek dan sebagainya.

Blog ini, walaupun tidak dikemaskini, ramai yang sering masuk terutamanya melalui carian berkaitan Nikah Khitbah. Ianya hanya artikel yang mencantumkan tulisan Ustaz Mazlee Malik. Bukanlah tulisan saya. Saya juga musykil kenapa blog ini yang dirujuk. Rupa-rupanya, melalui carian Nikah Khitbah di Google, blog ini antara teratas berkaitan Nikah Khitbah.


Pernah juga yang masuk blog ini, melalui folder komputernya yang bertajuk 'Untuk Abah", dan ianya di-link kepada artikel Alternatif Nikah Khitbah. Tersenyum saya membacanya. Moga insan tersebut berjaya memujuk ayahnya. :)

Ulasan

inniakhofullah berkata…
salam,

kembali lagi.

kelihatan pembaca terutamanya "pemuda-pemudi di sebalik nama budak agama" sungguh obses membabitkan hal-hal sebegini..kata mereka... uslub mengelakkan zina.

sedangkan, sifat Allah pun tidak faham, cara ambil wuduk dengan TEPAT pun tidak jelas..(hanya taklid)..apatah lagi dalam bab fikah dan akidah dalam pernikahan.

Alangkah baiknya kita mengetahui juga masalah-masalah lain yang merupakan penyimpangan yang ada di sekitar kita berkisarkan akidah .

Akhirnya, kerana ketidaksabaranya mereka ini muncul penyimpangan akidah dalam 'bernikah khitbah' seperti tathayyur,tasyabbuh dalam adat pernikahan dan perkahwinan, tiwalah dan banyak lagi...

p/s: susah mengubah pandangan manusia yang tidak cintakan akidah dan mendahului fikah secara taklid.Tidak seperti cara dakwah Rasulullah di Makkah dulu T_T
farid ramli berkata…
Wsalam,

Wah, awalnya lompat kepada konklusi. Setahu saya "pemuda-pemudi tarekat" tidaklah sebegini sifatnya. Hilang gambaran zuhud, uslub dakwah juga terbang melayang. Huhu.

Dimana dapat rekod "pemuda-pemudi disebalik nama budak agama" tu? Dimana dapat rekod golongan mereka ini tidak mengenal makrifatullah dan sebagainya tu?

Pesan saya, bersangka baiklah. Untuk cepat melatah begini kepada saudara se-AQIDAH kita, bukanlah dengan penuh su' zon begini.

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]

Wallahu 'alam :)

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu