Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Engkau pejuang agama?

Imej
Peringatan buat diri Hamba yang benar-benar patuh dan yakin degan janji-janji Allah adalah mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan perintah dan suruhan Allah. Mereka tidak dilalaikan dengan dunia. Jika ada pertembungan antara dunia dan akhirat, mereka tahu apa yg patut dipilih. Tiada percampuran antara haq dan bathil dalam kehidupan seharian. Mereka adalah hamba yang segera menyahut apabila diseru oleh Sang Pencipta Mereka akan SEGERA MENDIRIKAN SOLAT kerana itulah tiang segala cabang dalam agama. Bagaimana sang mujahid mampu syahid jika solatnya pun di akhir waktu? Bagaimana sang khalifah mampu mentadbir muka bumi jika diri sendiripun masih melengahkan kewajipan utama? Tetapi umat sekarang mampu berkata-kata dan berani bermain dengan kalimah Allah tanpa melaksanakannya. Ana cukup KAGUM dengan umat Islam akhir zaman yang sangat BERANI bermain-main di medan dakwah. 'Pejuang agama yg mempersendakan agama' . Cuba kita renung... Ada tak mana-mana sahabat sezaman dengan Rasul

Pemimpin dan pengaruh

Imej
Kisah 1 : Calvin Coolidge Presiden Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20, Calvin Coolidge merupakan seorang yang hebat berpidato namun dalam masa-masa lain, dia adalah seorang yang pendiam. Suatu hari, seorang tetamu telah datang dan bermalam di White House, atas jemputan Presiden sendiri. Pagi hari keesokannya, dia bersama-sama Presiden bersarapan bersama. Oleh kerana tidak tahu tentang protokol, lantas diapun bersarapan dengan mengikut segala yang diperlakukan oleh Presiden tersebut. Presiden memulakan sarapan dengan menuangkan air susu kedalam cawan dan dikacaunya. Tetamu tersebut turut mengikutnya. Presiden seterusnya menuangkan air susu itu kedalam piringnya. Walaupun timbul kehairanan, tetamu teruskan juga mengikuti. Dan setelah itu, perbuatan Presiden mengejutkan dan mempersonakan tetamu. Dia mengambil piring yang berisi air susu tadi dan diletakkan di bawah meja untuk diberikan kepada kucing. Kisah 2 : Ashaari Muhammad Seorang pemimpin sebuah gerakan yang amat berpengaruh s

Kemanakah arah kita

Imej
Kerana artikel sebelum ini telat diterbitkan. Saya baru dapat tahu, pengajian pelajar matrikulasi untuk sesi 2009/2010 sudahpun dimulakan pada 11 Mei 2009 yang lalu. Akan diganti dengan sedikit catatan ringkas bagi lepasan Matrikulasi dan menunggu untuk langkah seterusnya ke Universiti pula. Juga kepada adik-adik lepasan SPM yang akan memasuki IPT samada diploma, asasi mahupun tahmidi. Belajar dari kegagalan. Seringkali kalimah ini diulang dalam setiap perbatasan hidup kita. Dari SPM mahu ke IPT, Matrikulasi, dan seterusnya. Tapi seringkali, kita dengan sifat manusiawi ni alpa. Jadi perlulah selalu ingat mengingati. Firman Allah SWT : إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣ Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3) Surah al

Kolej Matrikulasi KPM

Imej
Sewaktu Minggu Pengurusan Pelajar Baru Kmns 2008 Nota: Sila rujuk catatan dibawah (nota kaki) bagi mendapatkan maklumat yang lebih terbaru. Artikel ini berkaitan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pertamanya, tahniah buat sesiapa sahaja yang terpilih melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi KPM. Bagi yang belum mendapat keputusan, banyakkan berdoa. Jika ada rezeki, insya Allah dapatlah sertai. Program Matrikulasi KPM kini wujud dalam dua pecahan program iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Bagi pelajar PST, mereka boleh memohon untuk memilih jurusan mana yang diingini, sama ada Sains Hayat mahupun Sains Fizik. Tapi bagi pelajar yang mengambil jurusan Perakaunan, anda tetap pada jurusan tu kerana sangat berbeda apa yang terdapat pada pelajar lulusan perakaunan dan jurusan sains. Persediaan Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah silibus yang dipelajari sewaktu di matrikulasi KPM, buku apa yang perlu disediakan, pa

Politik : Apabila itu yang dikejar

Imej
Kita laungkan "Selamatkan Palestin atas dasar kemanusian!" Kita cermin diri. Sebelum ini peristiwa "Sejarah Hitam Demokrasi Perak" semakin tenggelam dalam fikiran. Untuk mengikuti hal nafsu pada pangkat, takkan berkesudahan. Namun seusai menonton rakaman kisah perebutan "kerusi" Speaker Perak, terpanggil untuk menulis. Kenapa hal ini terjadi? Mereka ni orang yang bijak. Cendekiawan, ilmuwan. Tapi perbalahan umpama anak-anak berpakaian kemeja putih dengan lencana pada poket, tali teher, seluar hijau dan berkasut seragam. Yang bedanya, mungkin kudrat pada mereka jauh berbanding anak-anak muda. Alhamdulillah, mungkin sebab itulah tiada drama berbalas lambungan kerusi dimainkan. Persoalan ilmu dan ahli ilmu ini direflekskan pada ayat-ayat Allah dalam kitab suci Al-Quran "Allah meninggikan darjat orang-orang berilmu yang beriman di kalangan kamu dan Allah mengangkat darjat orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darjat ketinggiannya" -S