Engkau pejuang agama?


Peringatan buat diri

Hamba yang benar-benar patuh dan yakin degan janji-janji Allah adalah mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan perintah dan suruhan Allah. Mereka tidak dilalaikan dengan dunia.

Jika ada pertembungan antara dunia dan akhirat, mereka tahu apa yg patut dipilih. Tiada percampuran antara haq dan bathil dalam kehidupan seharian. Mereka adalah hamba yang segera menyahut apabila diseru oleh Sang Pencipta

Mereka akan SEGERA MENDIRIKAN SOLAT kerana itulah tiang segala cabang dalam agama. Bagaimana sang mujahid mampu syahid jika solatnya pun di akhir waktu?

Bagaimana sang khalifah mampu mentadbir muka bumi jika diri sendiripun masih melengahkan kewajipan utama? Tetapi umat sekarang mampu berkata-kata dan berani bermain dengan kalimah Allah tanpa melaksanakannya.

Ana cukup KAGUM dengan umat Islam akhir zaman yang sangat BERANI bermain-main di medan dakwah. 'Pejuang agama yg mempersendakan agama'. Cuba kita renung...

Ada tak mana-mana sahabat sezaman dengan Rasulullah yang berjuang untuk agama, tetapi dalam masa yang sama bergurau senda tanpa batasan dengan kaum yang bukan sejenis dengannya? Ada? Siapa?

Sedangkn Aisyah yang diselamatkan ketika ditinggalkan rombonganpun boleh mendatangkan fitnah untuk agama, inikan pula pergaulan bebas secara terang-terangan oleh para duat; naqib dan naqibah tanpa hal-hal urgent.

Subhanallah... ana sangat sedih dengan fenomena duat sekarang. Berani klaim diri sebagai duat, tetapi berani juga curang pada Allah. Ana menyeru pada semua para daie agar segera menjauhkan diri dari fitnah ini. Cuba elakkan.

Apa yg ana tahu, hanya ada 4 perkara yang boleh berlaku pergaulan antara muslimin dan muslimat, itupun dalam tempoh yang singkat dan urgent. 1-perubatan. 2-pendidikan. 3-jual beli. 4-peminangan. Selain itu adalah HARAM.

Ana tulis ini untuk ana juga yang hanya seorang hamba yang hina di mata Allah dan kolot di mata manusia.

1-perubatan. 2-pendidikan. 3-jual beli. 4-peminangan

*Saya ambil artikel ini sebagai peringatan pada diri. Terima kasih kepada Akhi TG. Saya sendiri terkesan dengan kata-kata ni. Banyak betul salah diri. Semoga terkesan pada hati kita semua.
**Sumber : http://musliminsejati.blogspot.com/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum