Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Anak kecil mengajar kita

Imej
Sorotan lampu mobil sudah menjalar di Jakarta. Jalan yang macet, makin hilang terangnya dek mentari yang taat pada aturan tuhan. Mobil berhenti, lampu isyarat merah. Kelibat empat anak kecil terlihat, merayau-rayau ditengah jalan yang sibuk. Berdiri mereka ditepi mobil sambil tangan menepuk-nepuk, nyanyian dialunkan, dengan harapan dapatlah rezeki untuk hidup. Sebuah mobil Taruna biru berlalu dihadapan mereka. Tingkapnya dibuka sedikit, sekotak bungkusan diberikan kepada salah seorang anak kecil itu. Yang lain turut berebut mahu mendapatkan bahagian mereka. Tapi yang diberikan hanya sebuah kotak kecil sahaja. Mereka bawakan kotak ke tengah pembatasan jalan. Di buka dan masing-masing berebut. Sudah pastinya makanan tak cukup bagi mereka berempat. Kelihatan si kakak membahagikan makanan. “Yang kue ni, aku ama adik kongsi. Kamu berdua ambil kue yang itu ama aquanya.” Lalu di ambil kue, dan kerat ke dua bahagian. Diberi kepada adiknya satu bahagian, satu lagi untuk dirinya. Tiada rasa malu

Baru tahu apa tu PPSMI

Imej
Muqadimah Untuk pelajar sains tulen,spm mereka akan ambil 10 subjek. Tujuh subjek dalam bahasa inggeris, yang tinggal 3 je bahasa melayu. Persoalan Adakah belajar guna bahasa melayu kita tidak akan maju? Melalui sejarah, kita lihat bagaimana zaman renaissance (tak pasti ejaan). Mereka boleh jadi 'kiblat' kita sekarang ni dalam sudut ilmu pengetahuan. Macammana tu? Banyak penemuan-penemuan bangsa Arab dan Yunani yang mereka guna pakai dan alihkan kebahasa diorang. Mereka menterjemahkan kedalam bahasa diorang. Orang melayu tak boleh buat ni ke? Baik la, mungkin tu takde makna sangat. Kita tengok Indonesia. Walaupun dari sudut kemajuan kita tengok diorang miskin. Tapi dari sudut ilmu dan bahasa, mereka lebih maju dari kita. Banyak buku-buku ilmiah yang mereka berjaya alih bahasakan. Bahkan bagi pengajian medik, pergigian dan yang orang kata standard-standard profesional, mereka berjaya lakukan dalam bahasa Indonesia. Pengajian ni diktiraf oleh kerajaan Malaysia. Dari segi kitab-ki

Mereka yang dari pintu ke pintu

Imej
Pernah dengar mengenai jemaah tabligh? Artikel kali ni menyentuh sedikit mengenai pendekatan gerakan jemaah tabligh. Tertib dakwah mereka mudah tetapi sistematik. Bagi pergerakan dan pertubuhan dakwah lain, gerakan dakwah jemaah ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam menguruskan dan menjalankan tarbiyah sesama ahli. Sebagai permulaan, Jemaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas Khandalawi di India. Jemaah tabligh berdakwah atas prinsip 6 perkara atau dikenali sebagai 6 sifat sahabat . Sifat-sifat tersebut adalah : Yakin terhadap kalimat Thoyyibah Laa ilaaha ilallah Muhammadur rasulullah. Shalat khusyu' dan khudu'. Ilmu ma'adz dzikr Ikramul Muslimin Tashihun Niyah /Ikhlas niat Dakwah dan tabligh khuruj fii sabiilillah Usaha jemaah tabligh ni merangkumi semua manusia tanpa mengira darjat, pangkat dan bangsa mahupun mazhab. Daripada CEO, pensyarah (dosen), doktor, guru, kerani, tukang kebun hingga la ke orang bisu. Malah pernah satu jemaah orang bisu dari Malaysia

Siapa Saya?

Imej
Kerana ada teman yang bertanya, siapakah diri saya. Baik saya wujudkan entry ni. Memudahkan saya dan siapa yang yang bertanya. Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli 26 Semptember 1989 Mahasiswa Tahun 1 (2008) Fakultas Kedokteran Ukrida Pendidikan: SK Sri Gaya, Sabah SK Bandar Baru Selayang SK Putrajaya 1 SMK Putrajaya 1 SM Sains Alam Shah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA) Amanah: Majlis Tertinggi PKPMI-CJ Ahli Biro Agama dan Pembangunan Insan (API) -Masih Lagi Belajar dan Insya Allah Akan Terus Belajar-

Eksplorasi

Imej
Semua orang berubah Assalamualaikum Lepas dah sebulan duk rumah ni baru la tergerak nak sambung balik tulis apa-apa yang baguih. Nak cerita pengalaman jela. Belajar dari pengalaman! (*gaya semangat dan skema). Bangun pagi. Seperti biasa selalu terlewat! Hari tu hari jumaat. Jadi kerana dilahirkan seorang lelaki, seperti biasa akan solat jumaat. Masa balik dari solat terfikir nak ke Masjid Jamek Sri Petaling. Dah lama juga azam untuk ke sana. Saja nak lihat gerakan dakwah yang sangat berkembang setakat ni. Bagi yang belum tahu, Masjid Sri Petaling merupakan markaz utama pergerakan dakwah jemaah tabligh Malaysia. Sampai rumah, makan sedap-sedap, terus gerak ke sana. Guna ERL dan LRT. Tu je yang mudah kalau dari rumah ni. Lebih kurang pukul 5 suku, tiba kat masjid. Terlewat untuk solat asar. Jadi solat dulu dan sertai majlis yang ada dalam masjid tu. Majlis habis lebih kurang jam tujuh. Jadi sementara tunggu waktu magrib ada berborak dengan saudara sorang tu. Seorang yang

Mutiara hikmah tok guru

________________________________________ Jika pemimpin Melayu asyik melaungkan perkataan 'hidup Melayu' dan asyik menghunus keris Melayu, sampai bila-bilapun perasaan perkauman tidak akan menipis. Orang akan lari daripada Islam kerana sikap perkauman pemimpin Melayu. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ________________________________________