Eksplorasi


Semua orang berubah


Assalamualaikum

Lepas dah sebulan duk rumah ni baru la tergerak nak sambung balik tulis apa-apa yang baguih. Nak cerita pengalaman jela. Belajar dari pengalaman! (*gaya semangat dan skema).

Bangun pagi. Seperti biasa selalu terlewat!

Hari tu hari jumaat. Jadi kerana dilahirkan seorang lelaki, seperti biasa akan solat jumaat. Masa balik dari solat terfikir nak ke Masjid Jamek Sri Petaling. Dah lama juga azam untuk ke sana. Saja nak lihat gerakan dakwah yang sangat berkembang setakat ni. Bagi yang belum tahu, Masjid Sri Petaling merupakan markaz utama pergerakan dakwah jemaah tabligh Malaysia.

Sampai rumah, makan sedap-sedap, terus gerak ke sana. Guna ERL dan LRT. Tu je yang mudah kalau dari rumah ni. Lebih kurang pukul 5 suku, tiba kat masjid. Terlewat untuk solat asar. Jadi solat dulu dan sertai majlis yang ada dalam masjid tu.

Majlis habis lebih kurang jam tujuh. Jadi sementara tunggu waktu magrib ada berborak dengan saudara sorang tu. Seorang yang berjubah dan bertasbih. Tangan bergerak-gerak berselawat, tapi bibir duk berborak-borak dengan saya.

“Aik termenung je?” saudara tu tegur hulur salam.

“Eh, takde la. Saje tunggu waktu solat.” Saya jawab.

Bla..bla..bla..

Saudara tu sambung cerita

“Aku ni datang dari muadzam (Pahang). Dulu pernah jugak sampai sini. Tapi sekejap je. Ni pun first time pakai jubah. Nampak ok tak? Aku ingat nak la jugak belajar sikit-sikit, boleh mengaji sikit. Sebelum ni dah lama jadi jahat. Jadi baik je belum lagi. Tu la tawakal jela datang sini. Ntah la boleh tidur kat sini ke tak boleh. Member aku ramai jugak jadi doktor macam ko. Tapi persendirian jela. Yang dah mati pun ramai.”

Ni singkatan dari perbualan kami. Jadi bukan la dia sebut panjang macam tu tanpa dibalas oleh saya. Insya Allah semoga niat dia nak berubah tercapai. Terfikir jugak. Kalau la diri ni macam mat rempit, mat pet dan nak berubah. Siapa la nak terima dan kat mana tempat untuk berubah? Sebab tu la mungkin saudara tu sampai kat situ.

Doakan lah untuk dia. Selagi nyawa masih ada, insya Allah selagi tu pintu taubat masih terbuka. Teringat sebuah hadith yang masyur dikalangan penceramah-penceramah mengenai taubat. Ada dalam bab 2 : taubat , kitab Riyadus shalihin.

Dari Abu Said, yaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri r.a. bahwasanya Nabiullah s.a.w. bersabda:

"Ada seorang lelaki dari golongan ummat yang sebelummu telah membunuh sembilanpuluh sembilan manusia, kemudian ia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, ialu ia ditunjukkan pada seorang pendeta. lapun mendatanginya dan selanjutnya berkata bahwa sesungguhnya ia telah membunuh sembilanpuluh Sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat. Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali dan dengan demikian ia telah menyempurnakan jumlah seratus dengan ditambah seorang lagi itu. Lalu ia bertanya lagi tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, kemudian ditunjukkan pada seorang yang alim, selanjutnya ia mengatakan bahwa sesungguhnya ia telah membunuh seratus manusia, apakah masi'h diterima taubatnya. Orang alim itu menjawab: "Ya, masih dapat. Siapa yang dapat menghalang-halangi antara dirinya dengan taubat itu. Pergilah engkau ke tanah begini-begini, sebab di situ ada beberapa kelompok manusia yang sama menyembah Allah Ta'ala, maka menyembahlah engkau kepada Allah itu bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali ke tanahmu sendiri, sebab tanahmu adalah negeri yang buruk." Orang itu terus pergi sehingga di waktu ia telah sampai separuh perjalanan, tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.

Kemudian bertengkarlah untuk mempersoalkan diri orang tadi malaikat kerahmatan dan malaikat siksaan - yakni yang bertugas memberikan kerahmatan dan bertugas memberikan siksa, malaikat kerahmatan berkata: "Orang ini telah datang untuk bertaubat sambil menghadapkan hatinya kepada Allah Ta'ala." Malaikat siksaan berkata: "Bahwasanya orang ini samasekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun."

Selanjutnya ada seorang malaikat yang mendatangi mereka dalam bentuk seorang manusia, lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malaikat-malaikat yang berselisih tadi, yakni dijadikan hakim pemutusnya - untuk menetapkan mana yang benar. Ia berkata: "Ukurlah olehmu semua antara dua tempat di bumi itu, ke mana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya - maksudnya jikalau lebih dekat ke arah bumi yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik malaikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan bumi asalnya maka ia adalah milik malaikat siksaan." Malaikat-malaikat itu mengukur, kemudian didapatinya bahwa orang tersebut adalah lebih dekat kepada bumi yang dikehendaki -yakni yang dituju untuk melaksanakan taubatnya. Oleh sebab itu maka ia dijemputlah oleh malaikat kerahmatan." (Muttafaq 'alaih)

Artikel seterusnya akan saya gambarkan mengenai gerakan dakwah bagi Jemaah Tabligh secara umum. Sangat menarik cara organisasi mereka bekerja (berdakwah)!

p/s : Saudara yang berbual dengan saya tu bukanlah jemaah tabligh malah tidak mengenali tentang jemaah tabligh langsung. Hanya pakaian dan tingkah laku jemaah tabligh yang cuba dia ikuti tanpa tahu tentang itu dan ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum