Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

[Tambahan] Proaktifnya "liberal", reaktifnya Islamis

Imej
(Catatan tambahan terdapat diruang bawah posting ini) Sejak kebelakangan ini, banyak kita dapat lihat program dan kempen anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Non-Muslim . Bukanlah bermakna ia NGO keagamaan, tetapi majoriti penggerak dan aktivis di dalamnya terdiri daripada orang bukan Islam. Terbaru dan terhangat, kempen "I Want To Touch The Dog". Isu tersebut tidaklah perlu diulas, kerana telah muncul pelbagai lapisan pengulas di media sosial sedia ada. Daripada agamawan sampai ke mat rempit. Semua ada. Namun, garis besar yang saya dapatkan, "... terer juga mereka (NGO Non-Muslim ) buat program dan kempen eh?" Saya melihat, apa yang mereka lakukan punyai objektif tersendiri. Dan, cara yang mereka lakukan agak kreatif serta menarik minat orang ramai. Itu yang ada pada mereka. Biarpun pada kita tidak tepat, tetapi mereka tidaklah lakukan sambil lewa. Susunan daripada melihat permasalah semasa, mengatur tujuan, memilih target group , samp

Lagu di blog ini

Imej
Blog ini terdapat lagu yang dimainkan secara automatik. Ada yang bertanya, apa tajuk lagu yang dimainkan. Ada yang sebal, boring, tak suka lawati blog berlagu (termasuk saya, sebenarnya). Jadi saya tunjukkan tempat lagu tersebut di umpet ( Bahasa Indonesia. Maksud: sorok/sembunyi ). Anda klik sahaja tempat yang dibulatkan warna hijau dibawah. Tekan stop . Selesai. Lagu melo banget. Nyanyian Brothers. Lagu jadul, tak ramai tahu.

Qurban 1435H

Jika di hitung-hitung, tahun ini merupakan tahun keenam saya ber-Aidil Adha di perantauan. Tahun pertama beraya di Masjid Nurul Hikmah. Waktu itu, terlibat sebagai panatia kurban. Tahun kedua hingga sekarang, beraya di Kedutaan sahaja. Ada kelebihan dan kekurangan antara beraya di Masjid Nurul Hikmah dan Kedutaan. Tetapi, kelebihan yang saya sukai ketika di Masjid Nurul Hikmah, kita dapat bersilaturahim dengan orang setempat. Mungkin itu inti utama yang susah didapatkan jika beraya di Kedutaan. Orang setempat sebenarnya sangat terbuka. Mereka memberi peluang untuk kami menolong melapah haiwan kurban. Bahkan, jika berani, mahu menyembelihpun diberi. Tahun ini Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Ahad. Mujur saya bercuti, jadi berkesempatan untuk ikut beraya. Ini ada sedikit video yang sempat di rakam. Tiba-tiba tangan ni ter-rajin pula menyunting video-video yang ada. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435 H. ------------------------- 1. Vimeo diblock di Indonesia. Saya tidak