[Tambahan] Proaktifnya "liberal", reaktifnya Islamis

(Catatan tambahan terdapat diruang bawah posting ini)

Sejak kebelakangan ini, banyak kita dapat lihat program dan kempen anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Non-Muslim. Bukanlah bermakna ia NGO keagamaan, tetapi majoriti penggerak dan aktivis di dalamnya terdiri daripada orang bukan Islam.

Terbaru dan terhangat, kempen "I Want To Touch The Dog".

Isu tersebut tidaklah perlu diulas, kerana telah muncul pelbagai lapisan pengulas di media sosial sedia ada. Daripada agamawan sampai ke mat rempit. Semua ada. Namun, garis besar yang saya dapatkan, "...terer juga mereka (NGO Non-Muslim) buat program dan kempen eh?"

Saya melihat, apa yang mereka lakukan punyai objektif tersendiri. Dan, cara yang mereka lakukan agak kreatif serta menarik minat orang ramai. Itu yang ada pada mereka. Biarpun pada kita tidak tepat, tetapi mereka tidaklah lakukan sambil lewa. Susunan daripada melihat permasalah semasa, mengatur tujuan, memilih target group, sampailah menjalankan dengan cara yang menarik; semuanya diatur sebaiknya.

Dan, seperti yang kita ketahui, majoriti daripada NGO kebajikan yang ada terdiri daripada masyarakat bukan Islam. Mungkin ada kalangan kita yang tidak tahu, mahupun menyedarinya. NGO alam sekitar, orang kurang upaya (OKU), penyakit-penyakit tertentu (autism dll), rumah-rumah kebajikan dan pelbagai lagi.

Yang ada pada kita? Banyaknya yang kita ada hanyalah NGO politik. Itupun hanya pada nama dan untuk menyokong pada hal-hal tertentu.

Apabila timbul suatu isu hangat, sebahagian kita lebih suka melabel. Lalu mengutuk. Mengeji memang tak terkecuali. Ini salah, itu salah.

Mereka dah buat, mereka salah.

Kita buat apa?

Kadang-kadang sedikit kecewa. Orang kita bukan tidak banyak yang pandai. Malah sangat banyak. Tetapi kemana hilang kepandaian orang-orang kita.

Kita kadang-kadang terkongkong dengan tradisi.

Lihat saja program-program anjuran kita. Ceramah, ceramah dan ceramah. Itupun musiman. Apabila datang hari raya, kita buat ceramah hari raya. Bila datang maal hijrah, kita buat maal hijrah. Perkara yang sama, daripada zaman sekolah, zaman persatuan mahasiswa sampailah ke dunia politik kepartian.

Ambil sifat "liberal" yang itu, buat ikut cara kita.

Jangan tunggu orang buat, kita hanya komentator tegar.


Farid Ramli
21 Oktober 2014; 2217 WIB
Tanjung Duren Selatan, Jakarta.


******************
Catatan Tambahan:
1. Ternyata yang membuat program "I Want To Touch The Dog" merupakan seorang Muslim. Saya tersalah apabila menafsirkan beliau sebagai non-Muslim. Maaf.
2, Artikel ini banyak kecelaruan. Paling mendasar apabila pukul rata non-Muslim itu Liberal dan Liberal itu non-Muslim. Sekali lagi, Maaf.
3. Harap, atas kecelaruan yang timbul, dan tambahan yang saya nyatakan ini, anda bebas meluruskan penulisan saya, menurut pemahaman anda. "Saya maksudkan begini..," kata saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum