Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

MC ke Masjid

Imej
Surat Cinta Bercanda pada teman, "aku dapat MC la, tak payah pergi kuliahpun takpa." Teman membalas, "eleh, MC bukan boleh gunapun kat UKRIDA." Tadi saja ber-'dating' dengan doktor di Rumah Sakit Siloam. Sekarang musim bola, jadi demam bola jangkiti aku. Biasalah. Cik doktor pula yang berbaik hati mahu berikan MC. Ambil je la. MC ini bak kata kawan, tak bergunapun. Jadi, pengajaran buat diri, kalau kat UKRIDA-pun tak berguna, inikan pula nak guna sebagai alasan 'uzur' daripada hadir ke Masjid. Ingat yer Farid.

Insan, Ingatlah!

Imej
Membelek-belek kembali koleksi buku. Terjumpa buku 'Insan, Ingatlah!' karya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang Menteri Besar dan Ulama' yang disegani. Buku ini menarik kerana membetulkan kembali persepsi kita akan dunia. Serta sesuai dengan tajuk, ianya memberi peringatan buat kita. Agar kita tidak terlupa. Dan, hanya 'terjaga' apabila ajal menjelma. "Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram ke atas batu pejal pasti tidak mendatangkan sebarang kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah SWT, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu pejal yang tidak mungkin diresapi air, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaat dari petunjuk dan peringatan wahyu itu. Batu pejal terlalu keras tetapi hati yang keras ada kalanya

Bukan Sekadar Solat

Imej
[Gambar Hiasan] Masjid ketika pulang beraya pada tahun 2010. 'Panasnyaa... Takda kipas ke?'  Hati mengeluh, mata mencari-cari kipas di dinding hadapan.  Tiada.  Waktu Solat Jumaat adalah waktu ramai jemaah yang akan hadir. Ditunaikan pula ketika matahari tegak terpacak dilangit. Pastinya cuaca sangat panas.  Ketika pulang, baru sedar terdapat kipas. Tetapi hanya dibahagian tepi dan tak banyak diletakkan. Hati ini pula tak henti-henti mengkritik masjid. Lebih tepatnya, pengurusan masjid. Tak patut betul punya hati yang cepat mengkritik. Perlu rendam dalam clorox, bilas dan jemur sampai bersih. Bukan apa. Sebelum ini terdengar daripada sahabat, pengurusan masjid tidak benarkan untuk diadakan sebarang program di masjid tersebut. Ianya agak eksklusif.  Kecewa hati ini. BUKAN SEKADAR SOLAT Fikiran segera teringat akan ta'lim-ta'lim oleh Ustaz Drs Muchlis Abdi yang sangat disayangi. Salah satu pengisian ta'

Kembali ke Jakarta

Imej
Berangkat pulang. Moga cita-citaku terbang lebih tinggi dari pesawat ini. Alhamdulillah, selamat kembali ke Jakarta Sabtu lepas. 'Percutian' di Malaysia selama hampir dua bulan terasa sangat sekejap. Cepat betul masa berlalu. Rasa banyak lagi yang nak dilakukan di Malaysia. Beberapa hari sebelum pulang ke sini, memaksa minda untuk menerima- "..aku dah kena balik Jakarta dah!" Pastinya agak berat. Sebabnya, dirumah kita berada dalam keadaan selesa. Untuk mengubahkan keadaan  selesa itu kepada keadaan Jakarta yang seribu satu macam hal pastinya agak berat. Namun, untuk terus berada dalam zon selesa adalah kurang baik. Rutin harian yang sama, dalam putaran ( cycle ) yang sama setiap hari. Seperti yang sering dianalogikan. Air yang jernih, jika dibiarkan bertakung, lama-lama pasti akan keruh. Air perlu dibiarkan mengalir, agar manfaat dapat disalurkan kepada pelbagai perkara. Macam tu la ceritanya.. Apa-apapun, dah selamat sampai dan memulakan sesi pembela

Cuba cuba

Tengah cuba guna applikasi 'Blogsy'. Cuba-try-test. Nak tahu berhasil atau tak.