Kembali ke Jakarta

Berangkat pulang. Moga cita-citaku terbang lebih tinggi dari pesawat ini.


Alhamdulillah, selamat kembali ke Jakarta Sabtu lepas.

'Percutian' di Malaysia selama hampir dua bulan terasa sangat sekejap. Cepat betul masa berlalu. Rasa banyak lagi yang nak dilakukan di Malaysia.

Beberapa hari sebelum pulang ke sini, memaksa minda untuk menerima- "..aku dah kena balik Jakarta dah!" Pastinya agak berat. Sebabnya, dirumah kita berada dalam keadaan selesa. Untuk mengubahkan keadaan  selesa itu kepada keadaan Jakarta yang seribu satu macam hal pastinya agak berat. Namun, untuk terus berada dalam zon selesa adalah kurang baik. Rutin harian yang sama, dalam putaran (cycle) yang sama setiap hari.

Seperti yang sering dianalogikan. Air yang jernih, jika dibiarkan bertakung, lama-lama pasti akan keruh. Air perlu dibiarkan mengalir, agar manfaat dapat disalurkan kepada pelbagai perkara.

Macam tu la ceritanya..

Apa-apapun, dah selamat sampai dan memulakan sesi pembelajaran. Sekarang dalam modul 'Community Medicine'. Berdoa, berharap dan berusaha sangat-sangat untuk lulus.

Tolong doakan juga ye. :)

Ambil gambar ni sebab kebetulan masa tu bawak satu kotak sate.
Tengok-tengok, dalam flight pun  makan sate juga. hehe.

Menjamu rakan-rakan makan Sate Kajang. Memberi itu lebih suwiittt. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lagu : Zikraa

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Mereka yang dari pintu ke pintu