Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Kata Hati

Kebiasaan tika khutbah Jumaat di Surau atau Masjid sekitar Putrajaya ini, khatib akan membacakan doa kepada Yang DiPertuan Agong (YDPA). Hati kecil ini, sinis mempersoalkan.. "Punyalah ramai yang amiiin-kan doa untuk dia (YDPA), tiap minggu pula tu.. Takkan-lah tak dapat hidayah lagi??" Agak 'jahat' perasaan yang timbul. Tapi, bila difikirkan kembali, hati berkata.. "Eleh, ko tu 17 kali sehari duk berjanji dengan Allah, iyya kana' budu wa iyya kanasta'in.. Tapi mungkiri juga! Langgar ikut suka hati!" Diam. Termuhasabah.

Koleksi Poster

Imej
Baru nak belajar edit -meng edit  gambar. Adobe Photoshop-pun tak reti guna lagi. Ni buat guna software cikai je. Takpe, pelan-pelan kayuh. Cuma nak kongsi koleksi poster yang pernah dihasilkan. Bukan nak promo program. :)

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Imej
langkah pertama Nota: Ini merupakan artikel kemaskini berkaitan matrikulasi. Ianya diubah dari segi gaya bahasa dan susunan berbanding artikel terdahulu . Melihat statistik blog, ramai pengunjung membaca artikel yang ditulis 3 tahun lepas berkaitan matrikulasi. Bila diteliti kembali artikel tu, rasa tak best pula. Skema! Oleh itu, saya fikir lebih baik susun kembali ayat supaya lebih 'hidup' dan tetap dapat faham. Pertama sekali, TAHNIAH buat adik-adik semua yang dapat melanjutkkan diri ke alam pengajian seterusnya. Saya sebut 'adik-adik' kerana kebanyakan antara kalian sama umur dengan adik bongsu saya. Dan, dia juga insha Allah akan ke kolej matrikulasi Mei ini. Kehidupan matrik sebenarnya best! Dapat rasa suasana baru. Kenalan baru. Subjek tak banyak. Bebas untuk belajar bila-bila kita suka. Dapat awek baru.. err tu sangat tak digalakkan yer. Oke, sebab nak ringkas. Malas ayat berjela-jela. Saya buat dalam bentuk soal-jawab. Ada berapa Kolej Ma

Rancang Percutian

Rasa bersalah pula meninggalkan blog ini kosong tanpa catatan baru. Saya dah bercuti hampir 3 minggu dan sekarang berada di rumah. Tak buat apa-apa. Lapang. Goyang kaki. Aneh untuk diri sebab sepanjang bercuti, ini adalah catatan pertama saya di blog. Waktu kuliah, ada je yang nak ditulis. Tapi bila dapat cuti, makin berkurang catatan. Lemahnya diri. Jadi, resolusi untuk hari ini adalah- MERANCANG PERCUTIAN! :D Segala benda perlu dirancang. Nak belajar kena rancang. Nak cutipun kena rancang. Kalau tak, nanti keluar la ayat, "Sepatutnya aku buat benda tu cuti hari tu. Baru untung.." Takpun, ayat "Ruginya aku tak buat benda tu masa tengah lapang.." Rugi.. Sepatutnya.. Jadi, salah satu resolusinya adalah mengemas-kini blog secara berjadual. Hmm, bagaimana untuk bermula ya? Okeh, mungkin pertama sekali perlu bahagi-bahagikan catatan apa yang nak ditulis. Sebagai contoh, akbar Islami, nasihat, pengalaman dan lain-lain. Lalu, letakkan hari apa akan dipost ar