Qurban 1435H

Jika di hitung-hitung, tahun ini merupakan tahun keenam saya ber-Aidil Adha di perantauan. Tahun pertama beraya di Masjid Nurul Hikmah. Waktu itu, terlibat sebagai panatia kurban. Tahun kedua hingga sekarang, beraya di Kedutaan sahaja.

Ada kelebihan dan kekurangan antara beraya di Masjid Nurul Hikmah dan Kedutaan. Tetapi, kelebihan yang saya sukai ketika di Masjid Nurul Hikmah, kita dapat bersilaturahim dengan orang setempat. Mungkin itu inti utama yang susah didapatkan jika beraya di Kedutaan. Orang setempat sebenarnya sangat terbuka. Mereka memberi peluang untuk kami menolong melapah haiwan kurban. Bahkan, jika berani, mahu menyembelihpun diberi.

Tahun ini Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Ahad. Mujur saya bercuti, jadi berkesempatan untuk ikut beraya.

Ini ada sedikit video yang sempat di rakam. Tiba-tiba tangan ni ter-rajin pula menyunting video-video yang ada.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435 H.



-------------------------
1. Vimeo diblock di Indonesia. Saya tidak tahu kenapa. Vimeo pilihan saya kerana ia dapat mengekalkan kualiti video yang dihasilkan, lebih baik daripada youtube.
2. Alternatif jika tidak dapat melihat video di atas, http://youtu.be/DPmebqtpEE8 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu