Politik : Apabila itu yang dikejar



Kita laungkan "Selamatkan Palestin atas dasar kemanusian!"

Kita cermin diri.

Sebelum ini peristiwa "Sejarah Hitam Demokrasi Perak" semakin tenggelam dalam fikiran. Untuk mengikuti hal nafsu pada pangkat, takkan berkesudahan. Namun seusai menonton rakaman kisah perebutan "kerusi" Speaker Perak, terpanggil untuk menulis.

Kenapa hal ini terjadi? Mereka ni orang yang bijak. Cendekiawan, ilmuwan. Tapi perbalahan umpama anak-anak berpakaian kemeja putih dengan lencana pada poket, tali teher, seluar hijau dan berkasut seragam. Yang bedanya, mungkin kudrat pada mereka jauh berbanding anak-anak muda. Alhamdulillah, mungkin sebab itulah tiada drama berbalas lambungan kerusi dimainkan.

Persoalan ilmu dan ahli ilmu ini direflekskan pada ayat-ayat Allah dalam kitab suci Al-Quran

"Allah meninggikan darjat orang-orang berilmu yang beriman di kalangan kamu dan Allah mengangkat darjat orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darjat ketinggiannya" -Surah al-Mujadalah : 11


Jelas dalam al-Quran, bagaimana orang-orang yang berilmu ini, dan beriman pada Allah, suatu kemuliaan yang Allah kurniakan pada mereka. Tapi kemuliaan yang didapati oleh mereka akhirnya, tercicir dek duniawi semata-mata. Apa yang jelas didepan mata, pastilah itu yang menjadi impian mereka. Yang didepan sana, mereka terlupa agaknya.

Kerana itulah, dalam Surah al-Jumuah : 5, Allah berfirman yang bermaksud,

"Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka yang tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.."


Ayat ini jelas menunjukkan Allah SWT membuat perumpamaan bagi orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya.

Seterusnya, pihak media diharap berhentilah menyebarkan khabar yang berat sebelah. Anda janganlah mengiyakan hak sebelah pihak dalam masa yang sama menidakkan hak pihak yang lain. Ingatlah, setiap satu yang anda tulis akan dipertanggungjawabkan di Mahkamah Keadilan yang sebenar-benarnya di akhirat kelak. Tidak takutkah anda? Sama-samalah kita nilai sendiri hasil kerja tangan kita.

Tulisan ini hanyalah sebuah bicara yang merespon. Sekadar menulis dan menyatakan. Tiada berdasarkan kajian mahupun laporan fakta.

Untuk menonton rakaman "Black Democracy", ini pautannya : klik

Rujukan lain, buku berjudul Telaga Budi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wallahu 'alam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum