Mendidik Budak Kecik

[Gambar Hiasan] Foto satu-satunya anak buah (setakat ini).
Abangku minat komik dan anime,  jadi inilah hasilnya. hehe.

Jika anda seorang guru sekolah dan ditugaskan untuk mengawal pelajar ketika perhimpunan. Kemudian, anda mendapati seorang pelajar memakai pakaian yang tidak mengikuti peraturan sekolah, apakah yang perlu anda lakukan?

Haaa, sila jawab! :)

Mungkin cara yang biasa kita lihat, terdapat guru yang akan menarik pelajar tersebut untuk berdiri di hadapan. Terdapat juga guru yang langsung denda atau merotan pelajar terbabit. 

Cara-cara denda yang dilakukan kebanyakan menjatuhkan maruah pelajar.

Saya teringat ketika di sekolah menengah dahulu, Guru Penolong Kanan pernah memberitahu bahawa beliau lebih suka memalukan pelajar yang membuat kesalahan. Sebab baginya, pelajar akan ingat peristiwa tersebut dan tidak akan mengulanginya. Tapi benarkah dengan menjatuhkan maruah seorang pelajar akan membuatkan beliau akan lebih berdisplin?

Perkara-perkara ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana guru, tetapi untuk memperbaiki dan mengevaluasi kembali cara pendidikan sedia ada.

Baru-baru ini saya terbaca beberapa blog guru yang mengisahkan catatan pengajaran mereka. Guru-guru ini melakukan 'eksperimen' dengan mendidik melalui teknik didikan Nabi SAW. Ianya bukanlah eksperimen rambang, tetapi ianya hasil kajian yang dibuat oleh Tim Penyelidik Analisis Hadith Psikologi

Membaca kisah-kisah mereka memang sangat menarik. Mereka adalah pendidik, bukan sekadar pengajar. Anak-anak murid daripada kelas corot, dididik dan dibentuk supaya dapat menjadi pelajar yang cintakan ilmu dan berjaya. Beberapa teknik yang diajarkan sangat praktikal. 

Berikut saya salin-tampal antara teknik yang disebutkan,

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi begini, Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw. Dia melaporkan suatu peristiwa yang dia pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan, “Yarhamkallah.” Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak didoakan oleh Nabi Muhammad saw. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?” Nabi Muhammad saw menjawab, “Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilliah." 
(Lembaran aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas Corot: Teknik Memberi Ganjaran)

Dalam hadith ini, terdapat beberapa prinsip dan teknik yang harus kita faham.

1. Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan teknik yang betul.
Lelaki yang pertama bersin dan dia menyebut Alhamdulillah. Disebabkan dia melakukan kerja itu dengan betul, Nabi Muhammad saw memberikan ganjaran kepadanya. Ganjaran itu adalah doa.

2. Kerja yang dibuat dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.
Lelaki yang kedua membuat kerja dengan teknik yang salah. Dia bersin tetapi dia tidak menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw tidak memberi ganjaran kepadanya (tidak mendoakannya).

3. Apabila kerja itu dibuat secara terbuka, maka ganjaran diberikan juga secara terbuka
Lelaki itu bersin di tempat terbuka di mana orang-orang lain dapat melihat mereka bersin. Maka Nabi Muhammad saw memberikan ganjarannya secara terbuka juga, yakni di ketahui orang-orang lain. Dalam peristiwa ini, Nabi Muhammad saw mendoakan lelaki itu dengan suara yang jelas dan dapat didengar oleh orang lain yang kebetulan ada di situ.

4. Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad saw tidak menegur kesalahan lelaki yang bersin yang tidak menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw cuma tidak memberi ganjaran, yakni beliau tidak mendoakan lelaki itu.


  • Nabi Muhammad saw tidak memarahi orang yang tidak puas hati itu dengan berkata: “Kenapa awak cemburu?”
  • Nabi Muhammad saw tidak menasihati orang yang tidak berpuas hati itu dengan berkata: “Kalau awak hendak saya doakan awak, awak kenalah perbaiki kerja awak.”
  • Nabi Muhammad saw tidak membandingkan orang yang tidak puas hati itu dengan orang yang dapat ganjaran dengan berkata: “Lain kali awak kenalah buat kerja elok-elok macam Si Fulan, barulah saya beri awak ganjaran macam dia juga.”
  • Nabi Muhammad saw tidak mengkritik orang yang tidak puas hati tu dengan berkata: “Sikap awak tidak betul. Awak hendak saya beri ganjaran, tetapi kerja awak tidak semenggah!” (Lembaran aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas Corot: Teknik Memberi Ganjaran)


Dalam kes pelajar yang dipanggil tadi, sekiranya kita mengikut teknik Nabi Muhammad saw, situasinya tidak banyak beza dengan peristiwa yang diriwayatkan di dalam hadith.

Bagi mendorong pelajar tersebut, guru-guru haruslah mengikut prinsip yang telah tersusun di atas.

Bagi prinsip yang pertama, guru yang bertugas boleh memuji pelajar yang mematuhi peraturan sekolah. Ciptalah skrip ucapan yang baik bagi menghargai pelajar yang melakukan kerja dengan teknik yang betul (mematuhi peraturan sekolah). (Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan teknik yang betul).

Prinsip kedua, pelajar yang dipanggil tadi tidak diberi ganjaran kerana tekniknya salah (tidak mematuhi peraturan sekolah), beliau tidak dipuji dengan skrip ucapan yang baik. (Kerja yang dibuat dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran).

Prinsip ketiga, guru yang bertugas harus memuji pelajar yang mematuhi peraturan di tempat terbuka. Ini sangat membantu untuk menaikkan self-esteem (maruah) pelajar untuk terus melakukan kerja dengan teknik yang betul secara berulang-ulang. (Apabila kerja itu dibuat secara terbuka, maka ganjaran diberikan juga secara terbuka).

Prinsip keempat, pelajar yang dipanggil ke hadapan tersebut tidak boleh dikritik (Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

[1] Untuk bacaan lebih lanjut boleh rujuk dua blog ini: Ustazah Siti Khadijah dan Ustazah Engineer.
[2] Buat para murabbi dan daie, mungkin boleh praktikkan juga tapi kena adjust dari segi penggunaan kata.

Ulasan

RI berkata…
Terima kasih di atas perkongsian. Salam perkenalan.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu