Mengharapkan


Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. dan Mu'az ada di belakangnya samasama menaiki suatu kendaraan. Beliau s.a.w. bersabda: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah, wa sa'daik," (ini adalah kata-kata mengiyakan bagi orang Arab yang amat sopan sekali).

Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik." Tiga kali banyaknya. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya, dengan penuh keyakinan dalam hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan orang itu masuk ke dalam neraka." Mu'az berkata: "Ya Rasulullah, bukankah lebih baik jikalau berita ini saya kabarkan kepada seluruh manusia, supaya mereka itu ikut bergembira." Beliau s.a.w. menjawab: "Kalau itu diberitahukan tentu orang-orang akan hanya bertawakal saja (yakni tanpa beramal ibadat dan merasa akan selamat dengan ucapan syahadat belaka dan yang sedemikian tentulah salah jadinya). Oleh sebab itu Mu'az memberitahukan sabda beliau s.a.w. ini sewaktu hendak matinya saja karena takut berdosa." (Muttafaq 'alaih)

Perkataan Anas r.a.: Ta-atstsuman iaitu takut berdosa kerana menyimpan ilmu ini -yakni apa-apa yang diterima dari Nabi s.a.w. itu.

Ulasan

farid ramli berkata…
Pada cetakan e-book kitab Riyadhush-Shalihin, hadith ini dimasuk pada bab 51: Mengharapkan, halaman 222-223 .

Dalam cetakan shahih Riyadhush-Shalihin yang ditakhrijkan oleh Nashiruddin Al Albani, pada bab yang sama yaitu 51 cuma tajuknya Berharap Kepada Allah SWT. Sama saja. Terbitan Pustaka Azzam dalam volume 1, halaman 356.

"Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik" boleh diterjemahkan kepada "Ya, ada apa wahai Rasulullah?".

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum