Tazkirah Ekspress



"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam".
(At-Taubah: 109)

Assalamualaikum wbt

Sebuah bangunan di diri dengan tiang kukuh lalu batu-batuan menjadi menyokongnya. Dalam kehidupan sebuah jemaah, harakah, persatuan atau atas apapun asalannya, memerlukan sokongan dari segala segi. Dan nasihat-menasihati kearah kebenaran dan dengan kesabaran lah yang paling utama.

1. Niat merupakan asas kukuh. Ia menjadi pemacu. Jadi niat yang tiada terselit muslihat sangat diperlu. Asaskan niat dan sentiasa ingatinya.

2. Ukhwah tanpa ikhtilat. Seharusnya difikirkan apa asasnya sebuah persatuan ini. Jika ingin merapatkan ukhwah. Lakukanlah. Jika ingin menyebarkan dakwah. Lakukanlah. Lakukanlah segalanya. Tapi harus diingat, telinga yang mendengar lebih dekat dengan mulut yang berbicara. Apabila kita berbuat untuk orang lain, yang harus terkesan utamanya adalah diri kita.

3. Usahakanlah dalam setiap kelakuan kita dengan amal ikramul muslimin. Yakni kita menunaikan hak tanpa menuntut hak. Atau lebih sering digunakan, erti hidup pada yang memberi.

4. Janganlah sekali-kali ada hak sama ada harta, kuasa, dan pangkat yang digunakan atas kepentingan peribadi. Sekiranya ada kecuaian pada diri kita yang menyebabkan ia terbazir, maka kewajiban membalasnya terpikul atas kita.

5. Jagalah akhlak. Dalam peribadi muslim itu ada kecantikan akhlaknya. Dan dari kecantikan itulah datangnya haruman yang menyenangkan. Pada peribadi ke peribadi yang lain itu pula ada batasnya. Apabila bergaul, bermesra, dan sebagainya, keutamaan itulah perlu dipelihara. Tidak tercampur yang haq dengan yang batil di atas maksud kerjasama, kerja, pertolongan dan ukhwah.

6. Utamakan yang lebih utama. Fiqh al-awlawiyat (fiqh keutamaan) itulah yang harus ada. Antaranya, sebuah aktiviti dan program, kita pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Tetapi tidak salah terdirinya kualiti atas kuantiti yang banyak. Tarbiyah atau pendidikan yang terbentuk dalam lingkungan kecil itu, insya Allah akan membawa manfaat pada lingkungan yang besar.

7. Pertimbangkan suatu usaha (program) atas dasar kepercayaan diri. Jika kita percaya pada Islam, maka pilihlah ia sebagai garis panduannya. Tidak bersatu ummah pada kebatilan.

8. Mohon maaf dari saya andai risalah ringkas ini wujud kasar bahasa, terlanjur kata, salah dimana-mana. Bukanlah bersatunya kita untuk menghukum, tapi kita bersatu untuk belajar dan membetulkan.

**Tujuan asalnya tazkirah ni hanyalah untuk persatuan. Saja berkongsi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum