Mahasiswa dan kerajaan


“Saya dapati, diantara kebanyakan negara yang kita hantar mahasiswa-mahasiswa, di Indonesialah yang mahasiswanya paling kuat menyokong kerajaan,” kata salah seorang menteri dengan diikuti tepukan dari para hadirin.

Bagi saya, apa yang dikatakan mungkin ada pro dan kontranya. Dan apa yang dikatanya lebih bersifat kenyataan peribadi. Namun apa yang menarik perhatian saya, bagaimanakah kayu ukur untuk melihat sama ada mahasiswa itu menyokong kerajaan sepenuhnya?

Pertamanya, pastilah perkataan menyokong itu suatu predikat yang antonimnya adalah membantah atau menentang. Dan dari situlah dilihat mahasiswa menyokong ataupun tidak.

Lalu bangkit seorang hadirin untuk mengemukakan soalan dan sedikit masukan. “Seperti yang Datuk katakan tadi, saya bersetuju dengan Datuk. Sebabnya dalam Islampun mewajibkan kita menyokong pemerintah (kerajaan),” ulas pemuda tersebut. Saya bukan ahli untuk membahaskan isu yang mengundang perselisihan pendapat itu.

Seterusnya, tindakan menyokong kerajaan daripada mahasiswa, khususnya mahasiswa Malaysia yang mendapat biasiswa atau pinjaman, adakah ianya bersifat membuta tuli. Pernah suatu ketika saya terlihat ulasan daripada media di Indonesia. Mereka mengatakan, mahasiswa di Malaysia diberi kemudahan biaya pinjaman, lalu ditutup mulut-mulut mereka untuk bersuara. Pernyataan yang saya kurang bersetuju namun bila diteliti kembali, ada benarnya.

Isu AUKU yang mengundang kesangsian mahasiswa terhadap kerajaan telahpun dirubah sedikit. Benar ianya diubah. Tapi mahasiswa yang mendapat biasiswa dan pinjaman, apa yang terkandung dalam perjanjian sebenarnya adalah AUKU yang diselit secara tersirat. Oleh itu, walaupun diluar negara, mereka tetap dikawal secara ketat oleh kerajaan.

Lalu seperti yang dikatakan menteri tersebut bahawa, ‘mahasiswa menyokong kerajaan’, seharusnya ruang untuk bersuara dikalangan mahasiswa tidaklah ditutup. Kami juga bukanlah mainan politik untuk diatur. Menyokong kerajaan bukanlah bermakna menyokong UMNO, MIC mahupun PAS bagi keraajan negeri. Kami menyokong dengan menyelitkan bantahan atas setengah perkara yang atas perkiraan kami, banyak salahnya.

Sebagaimana Saidina Abu Bakar r.a. yang meminta rakyat mengikutinya jika dia bertindak lurus dan menegur jika ada kesilapan. Begitulah kami berharap akan kerajaan pada hari ini.

Pada hari tersebut juga, ditanyakan soalan mengenai pendapatnya jika diadakan debat di Malaysia sebagaimana wujudnya Debat Calon Presiden (Capres) dan Debat Calon Wakil Presiden (Cawapres) di Indonesia. Apa yang menyedihnya, jawapan yang diterima adalah sangat lari dari fakta. Isu ketidakmatangan pembangkang diperjelas dan menimbulkan bahawa pembangkang di Malaysia sering memperbesarkan suatu isu.

Saya amatlah tidak bersetuju kerana fakta yang dikemukakannya. Beliau mengatakan kerajaan telahpun bersedia berdebat dan menjadikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai contoh. Rakyat telah menyaksikan bagaimana debat tersebut berlangsung. Malah penganalisa politikpun sedikit menegur sikap Datuk Shabery yang dianggap kurang matang apabila membangkitkan isu yang diluar dari perbincangan. Biarpun ia sudah lama diadakan, rakyat Malaysia masih mengingatnya.

Dan yang terbaru adalah debat yang ditawarkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Akhirnya Datuk Seri Najib menolak pelawaan itu. Menunjukkan, jawapan yang diberikan oleh menteri tersebut kurang relevan.

Saya berharap agar kerajaan lebih terbuka dengan isu ini. Membantah bukanlah tidak menyokong. Tapi membantah untuk memperbaiki.

Ulasan

akmal... berkata…
satu ulasan yg menarik dari seorang mahasiswa yg celik!!
farid ramli berkata…
Terima kasih encik akmal
Jangan bawak ke kedutaan dah la
huhu =)

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum