Cerita Nasyid 2

Sambungan...

Kumpulan In Team sewaktu awal kemunculannya, banyak lagu-lagu berunsur cinta dan kasih sesama manusia. Ketika ini lagu Impian Kasih dan Kasih Kekasih sering menadapat perhatian. Hingga akhirnya mengundang kritikan dikalangan masyarakat sendiri. Mereka yang ketika itu dibawah syarikat rakaman Hijjaz records mungkin belum matang dalam membuat pemilihan lagu (ini hanya pendapat peribadi). Kerana itulah kini mereka telahpun mengeluarkan album yang bertajuk Tiada Lagi Kasih dibawah syarikat rakaman sendiri. Album tersebut umpama menjawab segala yang diperkatakan tentang mereka. Alhamdulillah penyampaian nasyid In Team sentiasa segar. Album terbaru mereka saya belum lagi dapat mendengar kesemua lagu dalam tu. Kumpulan In Team juga pernah mengalami konflik dalaman yang menyebabkan seorang ahlinya keluar iaitu Hisyam. Lantas Hisyam menubuhkan kumpulan nasyid baru, Dehearty. Lagu-lagu mereka menarik dan terdapat lagu yang dikatakan ditujukan Hisyam kepada bekas teman-temannya di In Team iaitu lagu Pasrah Segalanya. Lagu Dehearty yang menarik (bagi saya) adalah Wanita dan Permata Yang Di Cari. Kini, hubungan Hisyam dengan In Team kembali bertaut melalui banyak lagu-lagu In Team yang menyelitkan dia sebagai artis undangan.

Selain itu, kumpulan nasyid yang konsisten adalah Mestica. Banyak lagu mereka yang mendapat tempat dikalangan pendengar nasyid. Antaranya Destinasi Cinta, Layar Keinsafan, Rahmat Ujian, dan Luqmanul Hakim. Dalam situasi kumpulan nasyid yang sering bertukar ahli, namu mereka hingga kini masih tetap dengan ahli yang sedia ada.

Brothers dan Firdaus pula dahulunya saya lihat mereka sebagai kumpulan nasyid. Namun kebelakangan ini, kumpulan seperti ini seperti sudah lari dari konsep nasyid mereka. Tindakan Brothers yang berduet dengan Waheeda dalam salah satu lagunya juga sangat pelik. Adakah ini nasyid Islami? Banyak persoalan disitu. Firdaus pula pernah muncul dalam rancangan Gangstarz untuk membuat persembahan sedangkan dibawah pentas terdapat penonton yang bercampur lelaki perempuan bersorak. Terus hilang persepsi baik terhadap mereka. Harap artis nasyid lain dapat kekal dalam dakwah mereka.

Nowseeheart dan Saujana. Kedua-duanya seakan-akan menyepi. Saujana mungkin menjadi sebutan kerana tindakan bekas anggota kumpulan mereka yang agak memalukan. Nowseeheart pula, tiada perkembangan yang saya dengar. Tapi lagu-lagu bermanfaat dari kedua-dua buah kumpulan nasyid ini masih tetap dalam ingatan orang ramai. Lagu Kedamaian oleh Nowseeheart dan lagu Keluarga Bahagia dari Saujana pernah muncul mewarnai citra nasyid Malaysia.

Yang terbaru adalah kemunculan band nasyid, Algebra. Dalam album pertama mereka Yang Benar Tetap Benar. Album ini merupakan suatu album yang menyelitkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai penulis lirik dan pembaca syair. Turut terdapat lagu Kopratasa yang bertajuk Musuh Harta. Namun apa yang saya pelik kerana ada satu lagu dari penyanyi perempuan iaitu lagu bertajuk Derita Hati Seorang Bonda. Menjadikan satu kekonfiusan mengenai kedudukan penyanyi perempuan. Sedangkan sebelum terdengar dari Ustaz Abdul Hakim (salah seorang ulama di Indonesia) mengatakan nasyid Islami tu sendiri sebagai bida'ah. Beliau juga menyebut dengan bersandarkan dari fatwa-fatwa dari Ulama Saudi. Mungkin ada sesuatu yang tak saya ketahui mengenai album tersebut. Wallahu’alam.

Artikel ini bukanlah untuk membincangkan mengenai hukum feqh berkaitan seni dan hiburan. Tapi menekan penglibatan dakwah melalui nasyid dan sejauh mana keberhasilannya usaha ini. Untuk menyampaikan suatu maksud cukup ke dalam masa 5 minit? Pastinya tidak cukup. Jadi suatu yang penting bagi golongan munsyid adalah bukan berhenti sekadar dinyanyian. Langkah susulan perlulah di ambil bagi memberitahu apa yang cuba anda sampai. Pelbagai medium yang boleh digunakan. Blog, Kelab peminat, Aktiviti Motivasi, saluran radio dan televisyen.

Umum pastinya tahu lagu-lagu nasyid dalam kerajaan sekular pada hari ini, nasyid hanya berkumandang ketika hampir waktu sola dan hari-hari berkaitan perayaan keagamaan. Oleh itu perlulah golongan ini bijak mencari medium mereka tersendiri. Jadikan nasyid anda adalah nasyid yang mendidik jiwa.

Seterusnya lirik yang terkandung adalah bebas dari hadith maudhu’ dan dhaif jiddan. Ini bagi memastikan apa yang anda sampaikan tidak lari dari kefahaman Islam. Lirik-lirik juga perlulah jangan terlalu asyik dengan konsep cinta adam dan hawa. Kerana banyak lirik-lirik yang pernah tercipta sebelum ini sangat lari dari konsep cinta menurut perspektif Islam.

Dan yang terakhirnya, peribadi ahli nasyid perlulah dijaga. Masakan orang dapat menerima apa yang anda sampaikan jika andapun terzahir aibnya. Pastinya susah. Kerana perihal mereka yang membawakan nasyid ini adalah sangat penting. Apabila ternampak sikit cela, masa itu cerita anda akan terpapar dalam media.

Antara perkara yang saya kagum dengan nasyid adalah melalui kata-kata dari kumpulan nasyid Raihan. Lebih kurang macam ni, “Kalau nak cetak rompak album kami silakanlah, yang penting maksud tersampai pada semua”.

Akhirnya, maju la nasyid untuk Islam! =).

Tambahan :
1. Lagu Rahmat Ujian dari Mestica merupakan lagu kegemaran Khairi Mat Isa.
2. Zaialif pernah tiba-tiba memasang nasyid selepas mendapat "thumb drive" dari siapa ntah. Kalau tak silap lagu Permata Yang Di Cari - Dehearty. Lagha-lagha. Haha.
3. Mat Pih merupakan seorang ahli muzik bagi nasyid di sekolah ketika dulu.
4. Lagu nasyid yang Jawahir selalu pasang ialah Kawan (UNIC) dan Bicara Kata (In Team).
5. Kayant(ex-classmate) adalah penyanyi nasyid yang masih aktif menyanyi dan ada kumpulan (nasyid kot). Boleh cari kat youtube, search je kayant. Saje promote member. Huhu. Klik.
6. Minta maaf kepada teman serumah sebab selalu pasang lagu kuat-kuat. Lain kali buat lagi.
7. Tambahan ini hanya merapu tak perlu bacapun takpe.

*Segala yang ditulis disini hanya berdasarkan pengetahuan peribadi, tidak membuat rujukan dahulu. Jika akan kesilapan harap ditegur.

Ulasan

farid ramli berkata…
Ni ada org comment pasal tambahan tu,dia malu nk comment kat sini.Katanya:

"tak perlu la yang tambahan tu
alahai~"

Tak tahulah yang dimaksudkan tu tambahan yang nomor berapa.
Tanpa Nama berkata…
alahai~
xpelah~
-muga Allah redha-

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum