Telah lama kau sibuk

Telah lama kau katakan kau sibuk,
Solat kau kata
... yang ringkas-ringkas saja,
... rukhsoh katamu,
... Allah pasti tahu tentang dirimu,
... soal solat sunat,
... tunggu dahulu,
... bila ada masa, kau pasti bertamu,
Wirid kau kata,
... yang penting-penting saja,
... kadang-kadang, wiridpun kau lupakan,
... nak kejar yang kubro, hanya harapan,
... entah bila, dirimu akan kesampaian,

Benar kau sibuk?
Berapa purnama lagi kau akan sibuk?
Satu bulan?
Dua bulan?
Satu tahun?

Kau kata kau sibuk,
Bila lapang menjengah
... kau beralasan,
... itulah kesempatan,
... waktu rehat, dalam kesempitan,
... nanti ada waktumu untuk tuhan

Waktu mana lagi?

Kau belajar kau sibuk,
Kau lapang kau kata mahu berehat,
Kau kerja kau sibuk,
Kau berkeluarga kau sibuk,

Cuma tinggal,
Kreatifnya alasan,
...kepada tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum