Masalah yang lalu

Kadangkala, kita rasa kita ditimpa musibah yang sangat besar. Ketika itu, kita rasa lemah dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Ianya sangat besar bagi kita. Kita hanya mampu berdoa, berusaha sekadarnya dan berserah pada-Nya.

Tapi, tanpa kita sedari, ianya berlaku berulang-ulang kali dalam hidup kita. Segala permasalahan yang kita anggap sukar ketika itu, sudahpun kita lalui. Mungkin hasilnya tidak memuaskan, tetapi kita tetap dapat selesaikan dan mungkin sudahpun kita lupakan.

Kerana itulah, bukan suatu yang aneh jika ada senior yang menyebut, "Alaa senang je tu.. Cuma buat ni, buat tu.."

Dan, mungkin juga kita sering juga menyebut pada adik-adik kita, "PMR? Kacang je. Abang dulu study main-main je. Oke je result!"

Begitulah ajaibnya kehidupan kita.

Selepas ini, dihadapan kita masih pelbagai ragam masalah yang belum kita lalui.

Cuma, ingatlah! Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya.

Berdoa dan berusahalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Mereka yang dari pintu ke pintu

Patah tulang bukan hati