langkah pertama Nota: Ini merupakan artikel kemaskini berkaitan matrikulasi. Ianya diubah dari segi gaya bahasa dan susunan berbanding artikel terdahulu . Melihat statistik blog, ramai pengunjung membaca artikel yang ditulis 3 tahun lepas berkaitan matrikulasi. Bila diteliti kembali artikel tu, rasa tak best pula. Skema! Oleh itu, saya fikir lebih baik susun kembali ayat supaya lebih 'hidup' dan tetap dapat faham. Pertama sekali, TAHNIAH buat adik-adik semua yang dapat melanjutkkan diri ke alam pengajian seterusnya. Saya sebut 'adik-adik' kerana kebanyakan antara kalian sama umur dengan adik bongsu saya. Dan, dia juga insha Allah akan ke kolej matrikulasi Mei ini. Kehidupan matrik sebenarnya best! Dapat rasa suasana baru. Kenalan baru. Subjek tak banyak. Bebas untuk belajar bila-bila kita suka. Dapat awek baru.. err tu sangat tak digalakkan yer. Oke, sebab nak ringkas. Malas ayat berjela-jela. Saya buat dalam bentuk soal-jawab. Ada berapa Kolej Ma...
Gambar hiasan Hari ini, jika dilihat kalender Masihi, genaplah usia saya ke 22. Sedangkan, jika dilihat kalender Hijriah, tarikh lahir saya jatuh pada 24 Safar 1410 H. Bermakna, sudah lapan bulan saya menginjak usia ke-22. Budaya Ultah Setempat Jika di Indonesia, mereka sering mengucapkan selamat hari lahir sebagai, "Met Ultah". Ini merupakan bahasa gaul (bahasa pasar) bagi Indonesia, khususnya Jakarta. "Met" berasal dari perkataan- selamat, manakala "Ultah" adalah singkatan bagi- ulang tahun. Dan, tradisi bagi Indonesia, orang yang menyambut tarikh lahir perlu membelanja rakan-rakan yang lain. Agak berlawanan dengan di Malaysia, iaitu orang yang menyambut hari lahirlah sepatutnya dibelanja. Kerana itu, pada tahun pertama, sering terdengar rakan-rakan Indonesia menyembut, "Traktir donk!". Traktir bermaksud belanja. Jadi mereka meminta kita membelanja, dalam nada bersahabat. Apa pentingnya ulang tahun? Bagi saya, ulang tahun tidak leb...
Bagi pelajar-pelajar sekitar Jakarta, pasti ramai yang tahu mengenai wujudnya program yang dinamakan sebagai Mesyuarat Ahli PKPMI Cawangan Jakarta. Ya, program yang berlangsung pada hari Ahad dan Alhamdulillah selesai dilaksanakan. Sebenarnya, sebelum ini saya bercadang untuk mengeluarkan artikel lain terlebih dahulu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana seakan-akan mencerminkan konotasi negatif pada mesyuarat tersebut, sedangkan artikel dirancang sebelum mesyuarat lagi. Malam semalam, Sabtu (17/10/2008), saya diminta untuk menghadiri mesyuarat Indonesian Malaysian Student Association (IMSA) atas nama PKPMI Jakarta. Dan sebelum itu pula, saya diminta untuk ikut serta untuk meraikan Majlis Wisuda sahabat kami dari Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah. Wisuda bererti konvokesyen ataupun majlis graduasi. Cumanya, saya tidak menghadiri Wisuda tersebut atas alasan penat dan ingin tidur =). Tapi tetap ada wakil yang dihantar. Selesai sahaja aktiviti pada hari Sabtu tersebut, saya ...
Ulasan