Menegur dan Menerima teguran

Dahulu selalu dapat sms dari Daarut Tauhid berkaitan hal yang mudah untuk dilafaz, tapi sukar untuk diamalkan.

Daarut Tauhid merupakan pusat pengajian Islam yang dicetuskan oleh AA Gym, salah seorang pendakwah yang pernah popular di kaca televisyen Indonesia suatu ketika dahulu.

Antara yang saya ingat, berkaitan menerima teguran.

Jika kita masih sibuk beralasan, mencari kelemahan orang yang mengkritik kita, itu maksudnya something wrong dengan hati kita. Lebih baik kita menerima dengan berlapang dada.

Ya, nampak mudah bukan? Kita akan mudah berkata, aku lebih kenal diri aku. Ataupun, aku bermaksud begini.... Kononnya mahu membetulkan kesalah-fahaman orang yang mengkritik kita.

Apa kata, berlapang dada. Istighfar atas kesalahan dan kekurangan diri.

Ada keputusan kita yang tiada efek yang besar. Buat takpa, tak buatpun tidak apa-apa. Tapi, ada keputusan kita yang membuatkan efek yang besar, malah berantai (domino). Jadi, muhasabahlah agar tidak dari kesilapan kita itu menimbulkan suatu yang berpanjangan.

Istighfar, istighfar, istighfar..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum