Jalan- antara jalan

Jalan- antara jalan

Kata sahabat, "kita kalau dah sedap makan nasi sendiri, sampai nampak tak sedap je nasi orang.. Sedangkan kita belum menjamah nasi yang satu lagi."

Nasi boleh ditafsir hidangan secara literal, namun pada makna lain ia membawa maksud 'cara'.

Kita ada 'cara' kita, mereka ada 'cara' mereka.

Jangan diperlekeh yang mereka, seumpama kita tidak mahu mereka perlekeh kita.

Hormatilah.

Kita tidak melihat ustaz dikaca televisyen dengan sengaja melafaz, "..dakwah ustaz ini tidak benar! Dakwah perlu dari pintu ke pintu, lorong ke lorong..! Yang dibuatnya itu tiada manfaat, tiada siapa akan berubah.."

Sejak bila kita menjadi tuhan, memberi hidayah menentukan siapa yang akan berubah?

Dalam hal dakwah, seninya sangat luas.

Adakala kita rasanya kitalah terbaik, cara kita terbaik, metode kita terbaik.. Justeru, mudah perlekeh usaha orang lain.

"Hei, alih duri dijalanpun ganjarannya besar!"

Berlapanglah wahai diri dan sahabat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum