Ta'dib

Beberapa hari lepas ke kedai buku MPH.

Terbaca sebuah buku yang kedudukannya agak tersorok. Buku tebal. Lupa judulnya. Yang saya ingat, ianya tribute untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Sebelum ini saya mengikuti serba sedikit mengenai pemikiran Al-Attas. Serba sedikit. Ataupun mungkin lebih benar, sangat sedikit. Namun, selepas melihat pengkagum beliau yang saya lihat sedikit taksub, saya mula kurang gemar apabila disebut nama Al-Attas.

Bukan benci. Namun, bimbang apabila semua isu yang timbul, ia akan disebut, "..itulah yang Al-Attas pernah sebut dahulu.." Seakan, segala yang berlaku pernah disentuh oleh beliau. Hebat.

Saya ambil buku dan lihat isi kandungannya.

Tertarik dengan salah satu bab yang ditulis oleh salah seorang anak murid beliau (Al-Attas). Ianya mengenai sejarah penubuhan ISTAC dari segi gagasan asal pendirinya, Al-Attas sendiri.

Keyword yang menarik adalah - Ta'dib.

ISTAC ataupun secara am-nya, pendidikan, menurut Al-Attas haruslah diterjemahkan daripada kata ta'dib. Bukanlah, tarbiyah mahupun ta'lim. Ini kerana, wujud perbedaan yang jelas mengenai pen-definisi-an ta'dib itu sendiri.

Adab bukan bermaksud akhlak.

Dan, matlamat pendidikan adalah bagi melahirkan INSAN ADABI.

Oleh kerana saya sendiri belum habis membacanya, saya belum mampu menjelaskan.

Untuk bacaan lanjut (alternatif), kalian boleh baca disini
Al-Attas’ Concept of Ta‘dib as True and Comprehensive Education in Islam – Wan Mohd Nor Wan Daud

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya cadangkan blog ni ditutup
farid ramli berkata…
@Tanpa Nama:
Haha. :)

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum