Perihal berita


Kelmarin baru sahaja keluarkan post baru, dan hari ini tergerak untuk menulis kembali.

Apabila melihat laman-laman web khususnya blog, pelbagai berita yang keluar. Tapi kebanyakan dari sumber yang tak diketahui. Hanya dengar orang kata, ambil dari media tertier dan kutip 'salin-tampal' dari mana-mana forum.

Terutama dalam hal-hal membabitkan politik. Entah dari mana mereka kutip. Sampai ada yang yang mencaci maki ulama' kerana fahaman politik berbeza. Saya tak nafikan saya sangat gemar akan peribadi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tapi bukanlah kerana itu saya bersifat bias. Dan juga, saya meminatinya bukan kerana unsur politik semata-mata. Tapi apabila melihat ada tangan-tangan cabul menulis tanpa unsur periksa, mengambil petikan akhbar-akhbar sekular, lantas menghina dengan ikut rasa dan nafsu celaka.

Lain dari itu, mengenai isu dua negara tak berkesudahan. Kerana apa? Baru sahaja seorang sahabat bertanya kepada ustaz akan keadaan ini*. Dua negara majoriti Islam tapi tak dapat hidup dengan tanpa perbalahan. Lantas Ustaz menjawab dengan hanya mengeluarkan ayat Allah ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al Hujaarat: Ayat 6)

Jelas keduanya sama isu politik dalam negara dan luar negara. Kebanyakannya berpunca dari sumber-sumber yang entah mana. Jadi buat apa untuk terasa hati dan menulis membalas tentang isu itu dan ini.

Periksalah dulu berita.

*ditanya ketika program Halal Bil Halal yang dianjurkan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM) Fakultas Kedokteran Ukrida. Program dihadiri oleh orang Malaysia dan Indonesia, Ustaz pula adalah Ustaz tempatan sendiri (maaf kerana lupa namanya).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum