Gempa di Padang


Petang Rabu (30/09/2009) kelmarin, seperti yang dah banyak ketahui, Bumi Nusantara bergegar lagi. Gempa bumi yang berpusat di Sumatera Barat menyebabkan banyak rumah dan bangunan yang rosak teruk. Pelajar Malaysia juga terlibat dalam kejadian itu. Saya hanya mengetahui Universitas Andalas sahaja disitu sebab dahulu sepatutnya saya dihantar ke sana. Tapi atas sebab-sebab tertentu, semua pelajar JPA lepasan matrikulasi dihantar ke Jakarta.

Hasil 'google', ada juga pelajar Malaysia yang menuntut di IAIN Imam Bonjol. IAIN bermaksud Institut Agama Islam Negeri dan bedanya dengan Universitas Islam Negeri (UIN) adalah kerana status universiti di Indonesia hanya diberi apabila mempunyai 5 fakulti.

Berbalik kepada kejadian gempa bumi, secara ringkas saya sertakan kandungan sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar dari wakil PKPMI Pusat ataupun cawangan.

Laporan terbaru: YDP Padang Fahim mengatakan semua pelajar dah dikumpulkan. Walaupun hampir semua rumah pelajar rosak alhamdulillah pelajar semua selamat, pelajar sekarang sedang dibawa ke kawasan tinggi untuk mengelakkan kemungkinan tsunami, thanx.
[07:57 pm , 30 September 2009]

Salam dan hi kepada semua YDP dan AJK cawangan, tadi baru terjadi gempa yang dahsyat di Padang dalam 7.6 skala retcher pada 17.16 WIB, YDP Padang Fahim lapor semua pelajar sangat cemas, rumah pelajar ada yang terbakar dan roboh, pelajar tak dapat nak dikumpulkan semuanya lagi, ada ancaman tsunami juga, hope semua berdoa untuk keselamatan mereka.
[07:59 pm , 30 September 2009]

Salam dan hi kepada semua YDP dan AJK cawangan, info terbaru: semua pelajar di Padang sedang dihantar pulang dengan charley malam ini, thanx kepada Dr. Junaidy yang usahakan perkara ini.
[10:37 pm, 01 Oktober 2009]

Apa-apapun semua pelajar telah selamat tiba di Malaysia. Cuma tanggungjawab kita belum terlepas lagi. Mereka yang di Padang itu juga saudara kita. Ringankan beban mereka dengan memberi sedikit sumbangan dalam apa bentuk cara sekalipun. Paling ringkas, infaqkan harta pada sumber yang dipercayai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum