Lelaki Rasional, Wanita Emosional


“Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki pula mempunyai 1 nafsu dan 9 akal”.

Pada program PERMAI ’10, Ustaz Hasrizal ada menceritakan sedikit tentang apa yang dikatakan sebagai akal dan nafsu seperti ayat di atas.

Jika yang sering kita dapati, terjemahan Bahasa Melayunya memang begitu. Pendekatan yang Ustaz Hasrizal ambil adalah terjemahan akal dan nafsu tersebut sebenarnya,

“Wanita mempunyai 9 emosional dan 1 rasional manakala lelaki pula mempunyai 1 emosional dan 9 rasional”.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan emosi dan rasional tersebut? Skenario di bawah ini mungkin dapat membantu.

“Sayang, abang takda duit la bulan ni,” kata seorang suami kepada isterinya.

“Bersabarlah abang eh. Kuatkan semangat abang. Sayang sentiasa menyokong abang tak kira macam manapun keadaan kita. Sayang tahu abang suami yang terbaik. Kita kena kuatkan semangat.. bla.. bla.. bla,” balas si isteri.

Inilah yang selalu ataupun logik untuk berlaku. Pada pendapat wanita tersebut, suaminya memerlukan sokongan emosi. Jadi diberinya dengan jawapan motivasi panjang lebar. Kerana itulah yang wujud pada wanita. Emosi melebihi rasional.

Sedangkan pada suami yang pastinya lelaki, rasional yang lebih dominan pada diri mereka. Jadi perlulah jawapan yang lebih fakta dan logik untuk menjawab persoalan tersebut. Seharusnya yang diperlukan suami adalah dialog seperti ini.

“Sayang, abang takda duit la bulan ni,” kata seorang suami kepada isterinya.

“Abang bersabarlah yer. Insya Allah sayang akan cuba kurangkan kos beli alat solek, shopping, dan akan tolong abang cari duit sikit. Ingat kalau abang izinkan, sayang nak cuba jual kuih tiap-tiap pagi,” balas si isteri.

Berbeza bukan?

Men from Mars and Women from Venus.


[1] Tiada sebarang unsur-unsur diskriminasi wanita dan lelaki pada post ni :)

[2] Sekarang minggu exam. Tak dapat nak post artikel yang panjang-panjang. Dah ada dalam draft cuma tak lengkap.

[3] Cadangan untuk menulis artikel seperti yang disebut pada artikel sebelum ni dibatalkan. Abaikan.

Ulasan

Hamba Allah berkata…
if ade masa free,share wif us about the book 'Men from Mars, Women from Marikh'..=D
Hamba Allah berkata…
maaf..salah tajuk..
'Men from Mars, Women from Venus'..huhu [pede sgt]
farid ramli berkata…
Baca je sendiri buku tu.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu