Wisuda Angkatan 2005

Apa itu wisuda? Jika di Malaysia mungkin di namakan sebagai Majlis Konvokesyen, iaitu majlis graduasi. Baru-baru ini saya sempat meraikan abang-abang dan kakak-kakak kami yang di'wisuda'kan. Banyak pengalaman sebenarnya yang dapat dari mereka. Terutamanya menjalani praktikal sewaktu di rumah sakit.

Wisuda ini bukanlah bermakna mereka akan pulang ke Malaysia untuk menjadi doktor, tetapi ini adalah pengiktirafan setelah lulus dalam teori sepanjang lebih kurang 4 tahun. Seterusnya akan menjalani praktikal (co-as) di rumah sakit di Indonesia. Selepas itu barulah mendapat perlantikan doktor secara rasmi. Cumanya, sewaktu pelantikan doktor tersebut nanti, majlisnya tidaklah seperti konvokesyen dengan berpakaian jubah dan secara meriah.

Mereka ini merupakan angkatan pertama pelajar tajaan dari Malaysia di Ukrida yang menjalani wisuda. Jadi pastinya pengalaman-pengalaman mereka adalah gambaran berharga buat kami untuk menempuhi situasi yang sama. Saya selitkan gambar hari tersebut.

Semoga berjaya!



Ulasan

saya berkata…
okeh..cantek!

harap2 kita semua dpat wisuda tepat pd masanya..insyaAllah

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum