Kamilah Penolong-penolong Agama Allah



"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang"
(QS 61:14)


Demikian ayat Allah dalam penghujung surah As-Saff. Petikan terhadap surah tersebut juga menjadi pengisian penutup dalam Daurah yang saya hadiri Jumaat lepas.

"Adakah saya benar-benar penolong agama Allah?" Hati kecil saya tertanya-tanya atas kejahilan diri sendiri.

Dalam surah lain, Allah berfirman,

"Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca (keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) -Nya dan rasul-rasulnya walaupun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa."
(QS 54:25)


Semoga kita sebagai muslim yang beriman agar dapat melaksanakan tugas kita sebagi penolong agama Allah. Jika kita berdiam, agama ini tidak tersebar. Buktikan pada diri sendiri bahawa, janji itu pasti akan ditunaikan. Insya Allah.

Sekadar coretan ringkas. Jumaat lepas saya selesai ujian bagi Blok 11: Metabolik Endokrin. Banyak yang perlu diperbaiki. Lebih-lebih lagi subjek Patalogi Klinik. Kemudiannya, dalam jam 3 petang, saya dan beberapa sahabat bertolak ke Tebet di Jakarta Selatan bagi mengikuti Daurah. Memang agak penat kerana baru selesai ujian, tapi masa-masa lengang inilah yang patut dimanfaatkan dengan pengisian berfaedah.

Tiba disana dan solat Asar. Kerana sekarang merupakan musim hujan, ditambah lagi dengan kepenatan belajar last minute, saya dalam keadaan sangat mengantuk ketika slot pengisian pada malam hari tersebut. Asik teringat akan bantal dan tilam. Tapi cuba juga gagahkan diri untuk mengikuti sedikit sebanyak hal yang cuba disampaikan.

Alhamdulillah keesokan harinya lebih bersemangat dan lebih fokus.

Pada jam 2 petang lebih, hari sabtu, kami bertolak pulang ke rumah. Kebetulan angkatan 2008 mengadakan 'Family Day', suatu acara perkenalan dengan angkatan baru, yaitu 2009. Maaf kepada yang bertanya kelewatan saya. Pada hari tersebut, saya tiba di rumah hampir waktu Asar, jadi memilih untuk solat Asar terlebih dahulu dan kemudian ke Kampus untuk acara tersebut.

Pada malamnya terdapat jamuan BBQ, sambungan daripada aktiviti Family Day. Selesai juga acara tersebut. Kalau ada kekurangan tu, minta maaf la yer. Kami cuba perbaiki.

Hari Ahad pula, PKPMI-CJ pula menganjurkan Pertandingan Bowling. Pada mulanya saya pergi hanya sebagai penganjur, tetapi atas jemputan sahabat, saya menyertainya juga (walaupun tak reti main). Dapat juga merasa main bowling. Rasanya dah setahun tak main.

Lengkaplah 2 hari setengah hujung minggu. Terisi juga. Namun pada hari Selasa kemudiannya (17 November 2009), Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI) menganjurkan majlis wacana ilmu dengan menjemput Prof. Dato Dr Muhammad Abu Bakar. Insya Allah saya bercadang menulis tentang huraian penyampaiannya agar dapat dimanfaatkan bersama.

Akhir sekali, jangan lupa untuk datang Daurah pada hari esok, Ahad (22 November 2009) di Masjid Nurul Hikmah. Untuk makluman lanjut, sila rujuk link ini : HalaqahJakarta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum