Mengutip Secebis Hikmah


Telah hampir jam 9 pagi. Saya masih berkira-kira sama ada sempat untuk ke Majlis Mudhaharah Perdana 2009 bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang hanya lima minit dari rumah saya. Sebabnya, program lain yang saya sertai juga bermula lebih kurang jam 10 pagi. Waktu terluang di rumah ini wajar saya gunakan sebaiknya. Akhirnya, kerana berazam untuk ke majlis ilmu yang sama bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Shah Alam) pada malamnya, saya bertolak juga ke Institut Penilaian Negara (INSPEN).


Program yang diberi tajuk "Mencari Cinta Sempurna" yang diadakan di INSPEN ini dianjurkan bersama oleh iluvislam.com dan karangkraf. Tajuknya yang terselit kata "cinta" mungkin menarik minat bagi audience muslimat tapi bagi muslimin, pastinya membuatkan mereka berfikir dua kali sama ada ingin menyertainya, termasuklah saya. Program bermula dengan perlancaran akhbar mingguan Iluvislam dan seterusnya bermula dengan forum.

Pada mulanya, saya sangkakan kehadiran Ustaz Dzul Khairi hanya sebagai tetamu, tetapi rupa-rupanya beliau merupakan antara panelis forum tersebut. Panelis lainnya adalah Fadzli Yusuf dan Datin Zaleha Omar.

Sepanjang sesi forum saya lebih tertarik dengan penyampaian Ustaz Dzul Khairi yang lebih jernih hala tuju penyampaian. Banyak yang dikisahkan beliau adalah bagaimana generasi tedahulu yakni para salafussoleh mencari dan mendapat erti cinta sempurna yang sebenar. Sempat juga saya menyapa beliau selepas program selesai. Rupanya dia mempunyai adik di Universitas Trisakti.

Untuk lihat ulasan-ulasan program forum "Mencari Cinta Sempurna", boleh klik sini : Program Mencari Cinta Sempurna. Saya ada merakamkan slot forum tersebut. Bagi yang nak mendengar, boleh minta sahaja. Tak pasti lagi sama ada mahu diupload atau tidak, kerana bagi menghormati pihak penganjur program.

Pada malam hari pula, seperti yang sudah saya azamkan, ingin menyertai majlis ilmu bersama al-allamah Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Bertolak pada jam 6 suku dan sesat pula hampir sejam. Tiba sahaja di Masjid sebelum waktu isya', majlis telahpun bermula. Ribuan tetamu hadir.














Subhanallah. Dalam hati saya terdetik syukur, 'macam ni lah majlis ilmu, takkan kalah dengan majlis hedonisme yang lain.' Banyak manfaat yang didapati dari majlis tersebut. Antaranya Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut mengenai peristiwa hijrah yang membawa kepada pembentukan empayar berasaskan taqwa. Juga ada disebut perihal pentingnya berjemaah dan betapa Islam menekankannya.

Di akhirnya, Sheikh diminta untuk berdoa. Rakamannya ada di bawah (diambil dari youtube).





Daripada Abu Darda', bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
''Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak"
(HR Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

Ulasan

~bolehlah share2 pd kami semua~

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum