Tolong Uruskan

Hari Rabu lepas, tengah sedap-sedap kuliah, tiba-tiba dapat mesej kurang lebih begini,

"Salam En. Farid, saya Osman yang telefon dulu. Kami akan ke Jakarta-Bandung 3-7 Jun.."

Gulp! Terlupa!

Sebenarnya En Osman ni ada telefon saya masa bulan Mac lepas, minta tolong untuk uruskan perjalanan beliau ke Jakarta-Bandung. Ketika tu, saya masih lagi memegang jawatan dalam PKPMI-CJ. Tak sedap hati untuk menolak, lagipun untuk aturkan tranportation cuma perlu call sahaja. Jadi saya sudi bantu. Cuma ketika itu, belum confirm tarikh.

Apa lagi, balik rumah, terus cari nombor telefon kereta (mobil) sewa di Bandung. Mujur ada. Cuma mahal sedikit. Kerana dah terlambat, hantam je la. Hehe. Harga untuk sewa mobil Rp 325,000/ 12 jam. Termasuk pemandu (supir), tapi belum termasuk minyak (BBM), tol dan makanan pemandu.

Semalam ke Stasiun Gambir untuk uruskan pembelian tiket Keretapi (KA) ke Bandung. En Osman ajak saya sekali ke Bandung, tiket dan penginapan dia yang bayar. Tapi, disebabkan ada kuliah pada Sabtu ni, terpaksa tidak ikut. Untuk Komiti PERMAI, maaf mesyuarat agak telat sikit kelmarin, baru pulang dari beli tiket (karcis).

Hurm, alhamdulillah setakat ini, dah banyak setel. Tiba-tiba rasa macam tour guide pula. Haha. Jadi untuk yang nak datang sini, bolehlah telefon saya. Charge tour guide RM 250 sahaja. (INI BERGURAU, JANGAN PERCAYA). =)

Okeh, perlu siapkan tugasan Makalah untuk Blok ni, tajuknya Kutuban Pecah Dini atau Premature Rapture of Membrane (PROM).

Untuk yang nak beli telekung, sila check blog ini: http://comelmurah.blogspot.com/

Saya juga ada bantu sahabat dari Aceh, Hakimi, menjual buku Solusi. Jadi bagi yang berminat, sila hubungi saya yer.


--------------------
[1] Maaf, entri yang agak cacamerba. Cari sela waktu, untuk lepaskan penat. :)

Ulasan

incik berkata…
banyak eh bisnes?ni nampak gayenye kna bg upah lbih kat partner kat sini..haha
farid ramli berkata…
Haha. Bisnes satu je la. Satu lagi tolong member.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu