Info Tajaan Biasiswa


Penajaan biasiswa/pinjaman ke luar negara oleh MARA dan JPA bagi pelajar lepasan matrikulasi (jurusan kedokteran)

Buka saja blog, terlihat ada yang mencari maklumat tentang biasiswa untuk pelajar lepasan matrikulasi. Tertarik untuk berkongsi sedikit.

Terdapat dua penaja yang terlibat dalam penghantaran pelajar lepasan matrikulasi ke luar negara iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tetapi bagi MARA adalah berbentuk pinjaman. Umumnya, tidak banyak berbeza jika mahu dibandingkan antara kedua-dua penaja ini. Saya kurang mengetahui tentang pinjaman MARA.

Cara memohon
Pastinya ada yang bertanya mengenai cara untuk memohon. Mengikut pengalaman saya, kedua-dua penaja ini tidak pernah membuka sebarang permohonan untuk mendapatkan biasiswa dan pinjaman. Kebanyakan yang dipilih adalah dipanggil sendiri oleh pihak JPA mahupun MARA. Anda akan mengikuti temuduga. Temu duganya tidak terlalu susah (tidak pasti jika tahun berikutnya diubah).

Pelajar lepasan matrikulasi yang mendapat tajaan JPA untuk ke Indonesia adalah sangat-sangat sedikit. Bagi Mara pula, pada tahun 2008, alhamdulillah banyak peluang yang dibuka. Kebiasaannya, pelajar yang terpilih untuk sesi temu duga mempunyai peluang besar untuk ke sini.

Tapi, permohonan masih ada untuk pengajian di luar negara. Kekurangannya, anda perlu membelanjakan wang dahulu untuk ke luar negara. Seterusnya mohon dan jika bernasib baik, anda terpilih. Dan bagi yang memohon tersebut, anda hanya akan dapat 'pinjaman' dari JPA dan jumlah tajaannya pasti berbeza dari calon yang dipilih sendiri oleh JPA.

Situasi Indonesia
Memandangkan tajaan dari JPA dan MARA untuk pelajar lepasan matrikulasi lebih tertumpu ke Indonesia, saya kongsikan sedikit kondisi yang sedang melanda sekarang. Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini pemerintah Indonesia mengumumkan Universitas negeri tidak akan menerima pelajar dari Malaysia lagi bagi jurusan perubatan. Dan di pihak Malaysia pula, melalui Malaysian Medical Council (MMC) mengumumkan hanya 6 universitas di Indonesia yang boleh menerima pelajar baru bagi jurusan perubatan.

Dari jumlah 6 universitas tersebut, perlu diketahui ianya termasuk universitas negeri. Oleh itu, jumlah pelajar bagi jurusan perubatan dijangka akan berkurang tahun ini. Untuk maklumat universitas yang di iktiraf oleh MMC, rujuk sini.

Jurusan lain
Selain jurusan perubatan, terdapat juga jurusan lain yang di tawarkan iaitu Kedokteran Gigi dan Farmasi. Universitas swasta yang terdapat jurusan kedokteran gigi adalah Universitas Dr Prof Moestopo dan Universitas Trisakti. Kedua-duanya di Jakarta. Selain dari itu, saya kurang ketahui.

Ini sahaja yang saya kongsikan. Terimas kasih kerana membaca.

**Insya Allah, Usakti dan Ukrida akan menerima pelajar Malaysia angkatan 2009 pada bulan ogos ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
askm, saya nak tanya macam mana dengan prosedur untuk lepasan diploma yg nk belajar ke indonesia? apa yg sepatutnya dia lakukan ?

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum